Seorang Lelaki Menangis di Mahkamah Selepas Rompak Budak 12 Tahun


Seorang lelaki, Patrick Gunar, yang berusia 22 tahun telah ditangkap polis kerana melakukan rompakan dengan mangsa adalah seorang budak berusia 12 tahun.

Aksi kejinya ini dirakamkan kamera CCTV di Cambridge Street, Derby, England.

Video rakaman CCTV itu kemudian tersebar dan menjadi viral selepas beberapa selebriti terkenal Piers Morgan, Gavy Roslin, Nick Knowles dan Michael Vaughan menyebarkannya.

Dalam video yang tular itur, kelihatan Patrick sedang berjalan di Cambridge Street, kemudian tiba-tiba berpatah balik dan mengheret seorang budak perempuan.

Dengan berani, budak itu cuba melawan Patrick, namun dengan keji Patrick menolak budak itu ke tanah lalu merampas iPhone 6s milik budak tersebut.

Pada masa itu, budak terbabit baru pulang dari kedai selepas membeli barang untuk ibunya. Ia tidak mengambil masa lama untuk polis menangkap lelaki yang berasal dari Slovakia.

Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun. Sambil teresak-esak, Patrick mengaku bersalah kepada hakim.

Patrick mendakwa terdesak untuk merompak budak tersebut kerana budak itu adalah sasaran mudah.

Sumber: Suara TV