Singkir Pegawai Tinggi Kerajaan, Mukhriz Ikut Arahan DAP?


Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menasihatkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya tidak terlalu "membodek'  DAP apabila mahu menyingkirkan pegawai tinggi kerajaan jika Pakatan Harapan memerintah.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin melihat tindakan Mukhriz ini seolah-olah ingin 'menari dan menyanyi'  sama seperti  DAP yang mahu membuang 50 peratus pejawat awam.

Beliau menyifatkan ugutan bekas Menteri Besar dan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu mahu memecat  kakitangan awam yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan 'bebal dan dangkal' dalam berpolitik.

"Kedah banyak belajar daripada amalan politik dangkal Mukhriz ini hingga suatu ketika di era kepimpinannya , jentera kerajaan negeri hampir lumpuh dan tidak berfungsi.

“Mukhriz pada waktu gagal bekerja dan mentadbir dengan baik bersama  pegawai tadbir negeri Kedah iaitu KCS sehingga beberapa langkah dan pendekatan penting gagal dilaksanakan,” kata Shaiful Hazizy  dalam satu kenyataan  hari ini.

Beliau mengingatkan Muhkriz bahawa kakitangan kerajaan sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah, 'Government Of The Day' dan  mereka tidak boleh disalahkan sekiranya mereka patuh kepada prosedur dan polisi tertentu.

Shaful Hazizy juga menjelaskan bahawa banyak juga penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan namun ianya  adalah bersifat peribadi dan kerajaan tidak pernah sekali-sekali memecat ataupun menyingkirkan pejawat awam yang tidak sehaluan dengan UMNO mahupun BN.

"Mukhriz harus sedar prinsip asas penjawat awam, mereka  merupakan pelaksana dasar dan jentera utama kerajaan, " katanya lagi. - Kedahnews.com