'Tak Perlu Padamkan, Tak Kisah Orang Nak Cakap Apa Pun' - Fasha


Sebelum ini, Fasha Sandha memuat naik gambarnya dirinya berpakaian Bollywood kelihatan seksi sehingga menayangkan lurah dadanya mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam pelakon itu di Instagram.

Difahamkan, gambar tersebut dirakam ketika majlis berinai pelakon, Elvina Mohamad.

Bagaimanapun dalam kenyataan kepada Berita Harian, Fasha enggan mempedulikan komen-komen negatif terhadap gambarnya itu.


"Mungkin cara gambar itu diambil yang membuatkan sesetengah orang menganggapnya seksi. Saya pun tak perasan.

"Saya sudah pun muat naik gambar terbabit dan saya tidak perlu untuk memadamkannya.

"Siapa nak marah, marahlah. Saya tak tutup pun ruangan komen. Tak kisahlah orang nak cakap apa pun, ia tak mendatangkan kesan kepada saya," katanya.

Sementara itu di Instagram Fasha, netizen masih aktif memberikan komen mengenai isu tersebut.

"Dah ramai yang tegur, tak delete lagi gambar ni. Terbukti takde maruah," kata NS Legasy My.

"Semua komen negatif. Astafirullah Al Azimm. Sis delete sajalah. Hari-hari orang tengok dosa sis bertambah," kata Miszbkyah.

Sumber: The Reporter