“Tak Perlu Tahu Saya Dari Mana” – Wartawan Tempelak Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba untuk menukar topik apabila wartawan bertanya mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir yang menyatakan kesediaan bertanding menggunakan lambang DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kemelut yang melanda partinya yang berkemungkinan menyebabkan pendaftarannya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Soalannya cukup mudah, hanya perlu menjawab soalan wartawan itu namun Lim Kit Siang cuba berdolak-dalik menukar topik lain serta dengan sengaja bertanyakan soalan wartawan itu daripada agensi mana.

Bahkan, semasa sidang akhbar di bilik media Bangunan Parlimen itu, Kit Siang sebaliknya memerli wartawan berkenaan dengan mengatakan wartawan itu sengaja tidak mahu menjawab soalannya. 

Sumber: Suara TV