Tak Sedar Rumah Kena Tembak


RANTAU PANJANG - Sepasang suami isteri dan dua anak perempuan di Kampung Kedap tidak sedar rumah menjadi sasaran tembakan pada jam 2.55 pagi tadi.

Ketika kejadian anak, Shazwani Zulkifli, 22, berkata, tidak menyangka bunyi mercun di luar rumah merupakan empat das tembakan.

"Bunyi bising itu turut menarik perhatian penduduk kampung termasuk ibu bapa saya sebab mereka berkumpul di luar rumah.

"Selepas itu, saya ada bau belerang tapi terlalu takut nak bangun malah tidak berani untuk membuka lampu bilik kerana bunyi terlalu dekat umpama melalui muka saya," katanya.

Sehinggalah tiga jam kemudian, Shazwani berkata, barulah dia menceritakan kejadian tersebut kepada kedua ibu bapanya.

Ketika itu katanya, mereka menyedari cermin tingkap bertaburan di ruang tamu malah langsir rumah didapati berlubang.

Shazwani berkata, mereka buntu memikirkan kejadian ini kerana ibunya bekerja sebagai pengayuh perahu manakala bapa sebagai pengawal keselamatan tidak mempunyai tidak musuh atau masalah dengan mana-mana pihak.

Sementara itu, Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian tersebut.

Katanya, hasil siasata awal mendapati, terdapat enam kesan tembakan manakala empat kelongsong peluru dipercayai peluru berukuran 9mm ditemui sekitar rumah mangsa.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan rumah mangsa yang terlalu dekat dengan sempadan iaitu hampir 500 meter dari Sungai Golok, sebagai faktor utama kejadian.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 39 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Sumber: Sinar