Tawaran Tempat Untuk Pelajar Tahfiz Di UiTM


KUBANG PASU - Sebagai usaha untuk mingkatkan taraf pendidikan masyarakat Melayu dan Bumiputra, Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus memainkan peranannya dengan menawarkan tempat pengajian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Rektor UiTM Merbok, Kedah, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid, peluang itu turut dibuka kepada lepasan SPM serta pelajar tahfiz yang tidak berpeluang memasuki universiti lain untuk menyambung pengajian dalam bidang mereka minat di UiTM.

“Bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), pelajar lepasan SPM yang tidak layak untuk sambung pengajian ke peringkat diploma, mereka boleh mula di peringkat pra diploma dengan syarat tiga subjek kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

“Malah, di UiTM dibawah Akademi Pengajian Islam Kontemporari menawarkan empat bidang pengajian di peringkat sarjana muda.

“Justeru, pelajar tahfiz turut berpeluang memasuki UiTM yang turut menawarkan pengajian berkaitan Islam seperti perniagaan ataupun pengajian Islam,” katanya dalam sesi dialog Chit Chat TN50: This Is Jitra di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Hari ini.

Tambah beliau, peluang itu adalah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan pendidikan masyarakat Melayu. 

Sumber: Utusan Online