The Economist Burukkan Malaysia Guna Maklumat Palsu Pembangkang


Artikel majalah The Economist yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat berdasarkan fakta palsu dengan dipengaruhi tekanan daripada parti pembangkang untuk mendapatkan keuntungan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata, artikel berkenaan mengandungi pelbagai kesilapan fakta yang serius serta reaksi daripada pemikiran kolonial yang sombong.

Selain itu kata beliau, artikel berkenaan juga merendahkan-rendahkan kepimpinan Perdana Menteri, kerajaan Malaysia, badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media, pihak polis dan pengundi negara ini.

“Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak pernah menuduh Najib sebagai Perdana Menteri yang ‘menyingkirkan’ dana dan tidak pernah menyatakan bahawa dana tersebut adalah hadiah daripada seorang peminat yang tidak dinamakan.

“Malah Perdana Menteri dan banyak pegawai telah menyatakan bahawa dana yang sebahagian besarnya telah dikembalikan adalah derma daripada keluarga Arab Saudi dan telah disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi,” katanya menerusi surat kepada pengarang majalah The Economist semalam.

Sumber: Utusan