KEJAYAAN Manchester United menundukkan Liverpool 2-1 malam semalam mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di laman Twitternya, Najib telah memuat naik satu status berkongsi kejayaan pasukan bola sepak kegemarannya itu.
Pada masa sama, Najib dengan nada 'nakal' turut mengusik Liverpool yang tewas dalam perlawanan itu.
"Kan saya cakap @ManUtd boleh menang? Nampaknya tahun ini bukan tahun Liverpool. #GGMU," tulisnya.
Komennya mendapat 313 komen, retweet (3,445) dan 1,959 menyukai kenyataan yang dimuat naik.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu, Marcus Rashford muncul wira United apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-14 dan 24.
Cuba bangkit di separuh masa kedua, Liverpool berjaya merapatkan kedudukan apabila Eric Bailly tertampan bola ke gawang sendiri.
Namun gol sendiri itu, tidak cukup untuk anak buah Jurgen Klopp membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan ini selepas keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Sumber: Sinar