ALOR SETAR - Seperti yang dijangka, Usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Kali Keenam Tahun 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tengahari tadi diluluskan dengan majoriti bergaya di Dewan Rakyat, petang ini.
Selepas undian dijalankan, usul berkenaan telah disokong oleh 129 anggota parlimen, manakala 80 yang lain menolak.
Sebelum itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengadakan undian di Dewan Rakyat memberi peringatan supaya pengundian berkenaan dikira secara teliti bagi memastikan ia adil dan tidak mencetus keraguan di belakang hari.
Meskipun memerlukan hanya majoriti mudah untuk meluluskan usul tersebut, namun kemenangan dua pertiga berkenaan secara tidak langsung menjelaskan tentang kedudukan sebenar pihak Pakatan Harapan di negara ini.
Tidak dapat dipastikan, namun diyakini anggota Dewan Rakyat yang mewakili PAS berkemungkinan besar mengambil pendekatan untuk berkecuali bagi pengundian usul berkenaan.
Pandikar kemudian menangguhkan sidang Dewan Rakyat sejurus selepas mengumumkan keputusan itu dan bakal bersambung esok pada jam 10 pagi.
Seperti biasa, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan sengaja membuat bising, tidak puas hati gara-gara kalah teruk dalam pengundian usul persempadanan semula itu, namun sikap berkenaan tidak dilayan. - Kedahnews.com