Video: 3 Bulan Sahaja Berjaya Hafal Al-Quran


MENGAGUMKAN!… Begitulah ungkapan yang dapat digambar buat dua orang pelajar tahfiz ini yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran hanya dalam tempoh tiga bulan.

Menerusi rakaman video yang kini tersebar di laman sosial, kedua-dua pelajar itu, Abdul Hannan Haznan, dan Hazman Johari membacakan beberapa rangkap ayat suci al-Quran secara lengkap ketika disoal seorang ustaz.

Menariknya, kedua-dua mereka pada mulanya dilihat sedang menjamah makanan sebelum secara spontan disoal oleh Ustaz Wan Ahmad Afiq dengan membacakan beberapa surah kepada mereka.

Rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu turut menerima reaksi positif dalam kalangan netizen yang berasa kagum dengan kebolehan dua remaja ini.

Lebih-lebih lagi mereka dikhabarkan hanya mengambil masa dalam tempoh tiga bulan sahaja untuk menghafal kesemua 30 juzuk al-Quran.

Difahamkan, kedua-dua remaja ini telah mengikuti Program Hafazan al-Quran di Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur, anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).

Para pelajarnya bukan sahaja menghafal semata-mata, malah turut diberikan nilai penghayatan al-Quran untuk diamalkan.

Teknik hafalan An-Nur adalah gabungan teknik tadabbur dan bayangan bagi membantu memudahkan peserta menghafal al-Quran dalam masa singkat.

Buat anda yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, boleh segera menghubungi pegawai eksekutif YDKMM, Azlina, di talian 019-8962973 atau melalui emailnya azlinatajuddin@gmail.com. - Kedahnews.com