VIDEO: Netizen Kecam Pakai Tudung Tapi Menari Terkangkang-Kangkang


PENDATANG baharu, Aishah Azman menerima kecaman hebat gara-gara tariannya dalam sebuah muzik video, Havana versi Kelate disifatkan sebagai memalukan golongan wanita bertudung.

Rata-rata netizen mengutuk keras tindakan adik kepada Afiq Muiz itu yang dilihat jelas sekali mencemarkan imej positif golongan wanita Muslimah berhijab.

Pun begitu, pelakon berkenaan dikatakan enggan mengambil pusing terhadap tohmahan dan komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Aishah, dakwaan yang mengatakan dia telah mencemarkan imej wanita bertudung adalah tidak berasas sama sekali dan sesuatu yang melampau kerana penglibatan dalam klip video tersebut adalah sekadar suka-suka.

“Netizen terlampau obses dengan media sosial, sampaikan satu tahap mereka asyik mencari kesalahan atau membuka aib orang lain.

“Niat saya hanyalah untuk menghiburkan penonton yang menonton klip video itu menerusi elemen humor yang diterapkan, bukannya mahu menjatuhkan maruah sesiapa.

“Kebetulan, kami sama-sama sedang menjalani penggambaran drama Waliuddin 2 Ringgit untuk stesen TV2.

“Sebab itulah dalam klip itu turut ada kelibat Syafie Naswip yang juga pelakon utama drama tersebut,” jelas pelakon wanita itu dipetik sebuah portal online.

Sehubungan itu, Aishah menegaskan dia masih tetap dengan pendirian berpendapat tarian yang dipamerkan bukanlah sesuatu yang melampau malah masih lagi menjaga tata susila sebagai seorang perempuan.

“Bagi saya, tiada isu yang perlu dipanjangkan dan tidak terkesan dengan komen negatif ditinggalkan. Saya hanya tergelak sahaja dan cuba melupakannya,” tegasnya.  – Kedahnews.com