Video: Selamba Lampias Nafsu Depan Wanita…


PANAS… Aksi jijik seorang lelaki yang dirakam leka beronani ketika menaiki lif bersama seorang wanita, di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya, Selangor, tersebar tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video daripada Mohamad Syazwan di laman Facebook, kejadian tersebut berlaku kepada ibunya pada Selasa lalu di Apartmen Sri Nilam, kira-kira pukul 4.40 petang.

“Kejadian baru berlaku tadi, seorang lelaki India melancap depan ibu aku kat dalam lif Blok D, Sri Nilam.

“Kaum Hawa yang duduk Sri Nilam hati-hati lah. Kalau ada sesiapa yang cam lelaki tu tolong roger aku, terima kasih,” tulisnya.

Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan dilihat tanpa segan silu melakukan perkara terkutuk itu ketika mangsa berseorangan dengan suspek di dalam lif.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa sambil memegang telefon pintarnya segera mengambil langkah untuk berundur ke belakang sebelum pintu lif berkenaan dibuka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada mangsa dan  suspek lelaki berusia sekitar lingkungan 30-an itu kini sedang diburu.

“Setakat ini masih belum ada tangkapan. Ketika kejadian tangan kanan suspek memegang telefon bimbit.

“Manakala tangan kirinya memegang kemaluan sambil melakukan perbuatan melancap.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan,” katanya. –Kedahnews.com