AC Mizal Bengang Dengan AirAsia Bahana Bagasi Rosak


SELEBRITI popular, Datuk AC Mizal meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang dikatakan tidak memuaskan hati pengguna.

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial jelas memaparkan AC Mizal menyuarakan kekecewaan berhubung kerosakan pada bagasinya yang dibalut plastik.

Selain itu, AC Mizal juga menunjukkan keadaan bagasinya yang rosak sewaktu beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya betul-betul frust gila dengan airline AIR ASIA…#airasiamurahpunah. Please respect your customer and our property!“ luah AC Mizal dalam nada kesal.


Tidak terhenti di situ, selebriti tersebut turut mempersoalkan mutu kaunter perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan tersebut yang dikatakan tidak membantu langsung.

“Masalahnya bagaimana dengan beg baru saya, adakah sama dengan yang ini? You should respect your customer and then your customer service teruk gila.


“Tidak membantu langsung. Please AirAsia jangan buat orang macam ni,” ujar AC Mizal lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Air Asia pernah melancarkan Kempen ‘Cium Beg’ sebagai tanda pamer rasa sayang kepada bagasi-bagasi penumpang.

Tetapi adakah ia hanya sekadar gimik atau drama semata-mata sehinggakan insiden yang sama masih berulang?  - Kedahnews.com