KUALA LUMPUR – Sebagai ibubapa, adakah anda kerap mengukur ketinggian anak anda pada dinding serta merekod kan berat badannya?
Anda pasti senang hati jika anak anda membesar dengan baik. Namun biasanya, anda mungkin tertanya-tanya sekiranya pertumbuhan anak anda adalah optimum dan sama ada beliau akan mencapai potensi penuh pertumbuhannya?
Menurut Profesor Madya Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), ramai kanak-kanak yang kelihatan sedang membesar dengan normal mungkin akan menjadi lebih rendah dan ringan dari yang dijangka apabila meningkat dewasa.
Beliau menerangkan: “Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia membesar dengan normal. Namun, Kaji Selidik Kesihatan &Morbiditi Kebangsaan telah menunjukkan bahawa ada kanak-kanak yang tidak membesar dengan baik. Kadar prevalens kanak-kanak yang terbantut (rendah untuk usianya) di bawah umur lima tahun meningkat daripada 17% pada tahun 2006 kepada 20.7% pada tahun 2016.
“Kurang berat badan bagi kumpulan umur yang sama juga meningkat daripada 12.9% pada tahun 2006 kepada 13.7% pada tahun 2016.”
Prof. Yazid menambah: “Walaupun kanak-kanak dari keluarga yang miskin sangat terdedah, kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan lebih tinggi juga boleh menghadapi masalah pertumbuhan.
“Ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak tersebut secara perlahan-lahan dalam jangka masa beberapa tahun. Oleh itu, kita perlu mengesan dan membetulkan masalah pertumbuhan untuk semua kanak-kanak bagi membantu mereka membesar dan mencapai potensi penuh pertumbuhan mereka.
“Ini sangat penting terutamanya bagi lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak. 60% potensi pertumbuhan kanak-kanak dicapai pada usia ini .Apabila kanak-kanak mempunyai kadar pertumbuhan yang sihat, mereka lebih cenderung untuk mempunyai corak pertumbuhan yang sihat apabila terus membesar.
“Intervensi awal sangat penting kerana ia boleh menghindarkan pelbagai masalah jangka panjang yang dikaitkan dengan pertumbuhan yang tidak baik termasuklah masalah kesihatan (contoh penyakit-penyakit metabolisme), dan cabaran perkembangan taupsikososial (seperti prestasikognitif yang lemah dan keyakinan diri yang rendah).”
Profesor Dr. Lee Way Seah, pengerusi program IMFeD Malaysia berkata: “Sebaga pakar pediatrik, kami menggalakkan ibu bapa untuk bekerjasama dengan kami bagi mengoptimumkan pertumbuhan anak-anak mereka. Inilah sebabnya kami mengambil keputusan untuk menjalankan kempen IMFeD Malaysia ‘Get Growth On Track’, dengan kerjasama Abbott.
Beliau menambah, “Kami menjemput ibu bapa untuk mengunjungi pakar-pakar pediatrik yang mengambil bahagian yang telah dilatih untuk ‘Mengukur, Mengenal Pasti & Menguruskan’ masalah pertumbuhan di kalangan kanak-kanak. Kami akan memplot nilai-nilai berat badan dan ketinggian mereka keatas carta pertumbuhan, menyiasat faktor-faktor risiko pertumbuhan yang mungkin, dan menasihati ibubapa mengenai langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil.”
Menurut Prof. Lee, pakar pediatrik akan memberi perhatian khusus kepada beberapa tanda-tanda penting. Ini termasuklah diet yang tidak baik, pengambilan makanan yang tidak mencukupi (disebabkan cerewet makan, masalah makan atau masalah perkembangan yang lain), dan kewujudan masalah kesihatan yang kronik.
“Terdapat banyak perkara yang boleh menjejaskan status pemakanan kanak-kanak yang setakat ini merupakan penentu yang paling penting dan langsung untuk betapa baiknya seseorang kanak-kanak itu membesar,” kata Prof. Lee.
“Ini mungkin menjadi sebab mengapa kanak-kanak tersebu lebih rendah atau ringan daripada kanak-kanak biasa, atau mungkin menjadi sedemikian dalam masa beberapa tahun dari sekarang.”
Prof. Lee meyakinkan ibu bapa bahawa terdapat beberapa strategi yang telah terbukti untuk membantu mengatasi faktor-faktor risiko pertumbuhan ini.
“Ibu bapa akan diberi nasihat mengenai jenis-jenis makanan untuk diberi; peraturan dan teknik-teknik makan; panduan untuk memastikan tidur yang mencukupi; malah juga panduan keibubapaan yang berkaitan. Jika perlu, pakar pediatrik juga mungkin akan menyarankan penambahan pemakanan oral sekiranya anak anda memerlukan tenaga dan nutrien tambahan untuk mengejar (catch up) pertumbuhannya.
“Intervensi ini perlu disesuaikan untuk anda dan anak anda. Kami berharap, ia menjadi petanda permulaan usaha anda bersama pakar pediatrik untuk terus memeriksa perkembangan anak anda dan mengawasi pertumbuhannya,” kata beliau.
Robert Cleveland, pengurus besar Abbott di Malaysia, percaya bahawa kempen ‘Get Growth On Track’ ialah sumbangan yang tepat pada masanya untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Beliau berkata: “Di Abbott, kami memahami kebimbangan ibu bapa tentang sama ada anak-anak mereka membesar dengan baik dan mendapat pemakanan yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh pertumbuhan mereka. Inilah sebabnya kami telah bekerjasama dengan Persatuan Pediatrik Malaysia melalui program IMFeD untuk menyokong dan melatih pakar-pakar pediatrik mengenai peranan pemakanan dalam pertumbuhan kanak-kanak sejak tahun 2012. Kini, kami lebih teruja untuk bekerjasama dengan MPA dalam kempen penyaringan & kaunseling untuk pertumbuhan kanak-kanak yang pertama dan terbesar ini.
“Sebagai rakan pemakanan yang dipercayai, sokongan kami terhadap kempen ‘Get Growth On Track’ ini ialah cara kami menemukan pakar-pakar pediatrik dengan ibu bapa untuk memberikan manfaat seumur hidup kepada rakyat Malaysia bermula dengan zaman kanak-kanak.
“Kami ingin menyeru semua ibu bapa untuk membincangkan pertumbuhan anak-anak mereka bersama pakar pediatrik masing-masing hari ini,” tambah En Cleveland.
Ibubapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ‘Get Growth On Track’ atau ingin mencari pakar pediatrik, sila hubungi sekretariat program IMFeD Malaysia di matters@imfed.my atau telefon 03 7931 1868 atau 03 7960 9788.