PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof menegaskan dia tidak suka menunjuk-nunjuk kebaikan dan sumbangan yang dilakukan.Eizlan, 46, berkata, dia tidak mahu digelar riyak di kemudin hari dengan perbuatan itu.
"Saya manusia yang 'low profile', tak suka gembar-gembur apa yang telah, sedang dan akan dilakukan.
"Niat yang baik dan positif tak perlu digembar gembur, risau akan digelar riak dan menunjuk," katanya kepada mStar Online.
Dia dihubungi selepas menerima pentauliahan Leftenan Kolonel (Bersekutu), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang diterima pada Isnin.
Pelantikan itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya agensi itu Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya dalam satu majlis di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, saya baru sahaja dianugerahkan Leftenan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
"Ini adalah hasil usaha dan komitmen terhadap apa yang berkaitan dengan anugerah yang kita dapat,"ujarnya.
Sementara itu, Eizlan berkata segala pencapaiannya sebelum ini sudah menjadi ketentuan Illahi.
Malah, pelakon ini turut mempersoalkan tindakan netizen yang sering mempersoalkan sumbangannya sehingga diberi pelbagai gelaran.
"Netizen sentiasa mempertikai apa sumbangan saya sehingga saya layak menerima semua ini.
"Jangan tanya saya, tanya Allah SWT," ujarnya.
Sumber: Mstar Online