ALOR SETAR - Aura Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu menonjol di Utara Semenanjung sekaligus membayangkan kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Hal tersebut diakui sendiri calon BN Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dengan mengatakan pengaruh Presiden PH itu juga sudah semakin hilang kerana zaman kegemilangannya juga dianggap sudah berakhir.
"Ini menunjukkan bahawa PPBM ini sebenarnya hanya menumpang tuah PH semata-mata. Mereka bukan membawa kelebihan tetapi menjadi liabiliti kepada PH pada saat ini.
"Contohnya di Permatang Pauh, PPBM tidak ada peranan. Mereka ada beberapa cawangan PPBM, tetapi tidak ada peranan. Ada juga ura-ura cawangan mereka akan dibubarkan dalam masa terdekat.
"Beberapa pemimpin kanan PPBM yang telah keluar menunjukkan mereka tidak ada hala tuju dan pengaruh Tun M tidak ada terkesan kepada akar umbi," katanya memetik Awani.
Mohd Zaidi demikian ketika ditanya mengenai gelombang Mahathir selepas beberapa siri kempen bekas perdana menteri itu mendapat sambutan ramai di Parlimen Langkawi.
Sebelum ini, kerusi Langkawi disandang Datuk Nawawi Ahmad dari BN, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi telah menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah, dengan majoriti lebih 11,000 undi pada PRU13 tahun 2013.
Sementara itu, Mahathir sebelum ini dilaporkan yakin dapat mengambil sekurang-kurangnya 7,000 majoriti undi yang dimenangi BN di Langkawi lima tahun lalu, pada PRU14 kali ini.
Kata Mahathir, rakyat kini semakin celik dan menunjukkan minat untuk turut serta di dalam pilihan raya.- Kedahnews.com
#UndiBN
#HarapanPalsu
#TolakDAP
#PakatanDAP
#DosaDosaMahathir