Badan Penyelidik Dunia Ramal Najib Kekal PM Malaysia


Hasil kajian pakar politik dunia dari Jepun, Nomura global reseach, meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal memegang jawatan nombor satu itu selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Nomura adalah satu badan dunia yang mempunyai 300 pakar penyelidikan yang ditempatkan di 15 wilayah di seluruh dunia, termasuk pakar dalam bidang  politik, ekonomi, pertukaran asing, kadar faedah, ekuiti, kredit dan strategi kuantitatif.

Kekuatan penyelidikan global Nomura juga menjalankan analisis  yang sangat terperinci, mendalam dan pandangan yang berpandangan ke hadapan malah kesemua maklumat yang dijalankan kebanyakannya tepat.

Oleh itu, tidak sah lagi bahawa Najib Razak berkemungkinan besar masih tetap di kerusinya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih dapat menawan dua pertiga daripada parlimen pada PRU14 kali ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, beliau yakin BN mampu menang dengan majoriti lebih besar pada PRU14.

Beliau juga mengatakan bahawa, jentera parti BN telah lama bersiap sedia untuk mendapatkan 148 (kerusi) iaitu majoriti dua pertiga di parlimen.

Malah, kesemua penganalisis politik di Malaysia turut memberi pandangan yang sama iaitu BN masih akan mentadbir negara dan mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri. - Kedahnews.com