Bayar Pondan RM10 Seks Oral, Mana Cukup... 'Last-Last' Kena Samun


GEORGETOWN: Seorang lelaki berputih mata apabila dia disamun pondan selepas melakukan seks oral di sebuah hotel bajet di sini, Isnin lalu.

Mangsa mengalami kerugian RM210 selepas wangnya dirampas pondan tersebut dari dompetnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa berusia 29 tahun itu mengenali pondan yang dikenali sebagai Sha itu menerusi aplikasi Wechat sejak tiga minggu lalu.

Menurutnya, pada 9 April lalu kira-kira jam 9 malam, mangsa berjumpa dengan pondan terbabit di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Penang untuk melakukan seks oral.

"Mangsa berkenalan dengan suspek melalui Wechat dan berjanji untuk berjumpa di sebuah bilik di hotel terbabit. Setelah melalukan seks oral, suspek meminta wang daripada mangsa lalu mangsa memberinya RM10.

"Berang dengan jumlah wang tersebut, suspek terus merampas dompet mangsa dan mengambil wang RM200. Suspek masih tidak puas hati dan minta RM50 lagi dari suspek namun suspek sudah tidak mempunyai wang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tambahnya, suspek berusia 17 tahun itu turut mengugut untuk mencederakan mangsa bersama rakan-rakannya nanti.

"Berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang tiada rekod jenayah lampau ditahan malam tadi di sekitar bandar ini. Mangsa sebenarnya tertipu kerana dia ingat pondan tersebut seorang wanita berikutan suspek menggunakan gambar wanita dalam akaun Wechatnya.

"Apabila berjumpa di bilik hotel, baru dia tahu yang suspek sebenarnya seorang lelaki dengan berpakaian wanita," katanya. - Sinar Online