BN WP Janji Taja Perkahwinan 100 Pasangan Setiap Tahun


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menawarkan 65 inisiatif dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 yang memfokuskan usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mewujudkan persekitaran bandar raya yang kondusif bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapan pelancaran berkata, manifesto bertemakan “Aspirasi Rakyat Agenda Kami” setebal 24 muka surat itu perlu diteliti secara bersama dengan 364 inisiatif terkandung dalam manifesto BN pusat.

Berikut merupakan inisiatif yang ditawarkan BN Wilayah Persekutuan dalam manifesto yang diperincikan melalui 5 teras utama.

Teras 1 – Wilayahku Maju: Ekonomi, peluang perniagaan dan pekerjaan.

1. Mengawal penglibatan warga asing yang bekerja dan berniaga di premis perniagaan milik DBKL/PPJ/PL.
2. Menstruktur semula permohonan lesen perniagaan bagi memberi peluang kepada peniaga muda.
3. Penyusunan semula gerai penjaja supaya lebih teratur, seragam dan bersih.
4. Memperbanyakkan pusat jualan terus daripada pembekal dan pengedar.
5. Program padanan pekerjaan dan “internship” kepada 100,000 belia.
6. Melahirkan 10,000 usahawan “foodtruck”.
7. Memastikan sekurang-kurangnya 30% pemilikan premis perniagaan kepada Bumiputera.
8. Menyediakan 3 pusat penyembelihan unggas berpusat dan berteknologi tinggi.
9. Mewujudkan “startup business centre” dan “digital business hub”.
10. Memastikan pulangan maksimum bagi setiap pembangunan semula kampung baharu kepada pemilik atau pewaris.
11. Membina sekurang-kurangnya 3,000 unit Rumawip/PPA1M/PPR/PA.
12. Menganjurkan 2 acara bertaraf antarabangsa setahun di Labuan untuk merangsang ekonomi.
13. Mewujudkan sekurang-kurangnya 1 pusat beli-belah premium outlet dan sebuah gudang perabot berjenama antarabangsa.
14. Halal hub Labuan dijadikan sebagai pusat pengagihan produk halal ke seluruh dunia.
15. Penghantaran barangan dari Semenanjung terus ke Labuan.
16. Meningkatkan produk pelancongan seperti aktiviti “scuba diving”, “snorkeling” dan menggalakkan agro pelancongan.
17. Labuan sebagai wilayah industri pertanian.

Teras 2 – Wilayahku Sejahtera: Sosial dan Pendidikan

1. Memperluaskan kemudahan Tuisyen 1Wilayah.
2. RM50 juta untuk tabung pendidikan.
3. Pembangunan jati diri remaja dan pencarian Ikon Remaja Wilayah Persekutuan.
4. Memperluaskan kemudahan Kad Ceria.
5. Membenarkan kafe siber hanya beroperasi di kawasan terkawal.
6. Menyediakan geran tahunan kepada persatuan ibu bapa dan guru.
7. Menganjurkan majlis perkahwinan berkelompok percuma.
8. Meningkatkan penyertaan sukarelawan.
9. Menambah bilangan bas sekolah percuma kepada 12,000 pelajar di PPR dan PA.
10. Sasaran 80% gelandangan mendapat pekerjaan dan kembali kepada komuniti.

Teras 3 – Wilayahku Selesa: Perumahan dan Penyelenggaraan

1. Penyediaan dana RM50 juta bagi kerja penyelenggaraan di “common property” melalui Tabung Penyelenggaraan 1Wilayah untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah swasta.
2. Menambah kemudahan orang kelainan upaya, mesra warga emas dan ibu mengandung.
3. Membina 20,000 unit Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) untuk golongan pertengahan.
4. Menambah bilangan perumahan awam (PA) untuk disewakan, meliputi “council home”, rumah transit dan rumah belia.
5. Melaksanakan konsep “rent-to-own” untuk menggalakkan pemilikan perumahan bagi skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).
6. Menyediakan tadika, taska dan tabika di skim perumahan Rumawip/PPR/PA/Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
7. Membangunkan semula kawasan perumahan, pasar awam, pasar besar dan menaik taraf masjid/surau usang.
8. Menyediakan kawasan rekreasi di kawasan terbiar.
9. Menaik taraf atau mengganti lif usang serta memasang CCTV dalam lif dan ruangan lobi PPR dan PA.
10. Menyelaraskan semula unit Rumah Ibadah Bukan Islam.
11. Pembukaan tanah perkuburan Islam yang baru.
12. Menyediakan ruang pengurusan jenazah bukan Islam (Laman Kenangan) di kawasan perumahan PPR dan PA yang bersesuaian.

Teras 4 – Wilayahku Aman : Mewujudkan kejiranan yang selamat dan meningkatkan tahap kesihatan

1. Pelaksanaan ke arah memusatkan aktiviti hiburan di zon tertentu.
2. Memberi insentif bagi menggalakkan pembangunan kejiranan berpagar dan berpengawal.
3. Memastikan penggunaan produk biodegradasi untuk kelestarian alam sekitar.
4. Memperluaskan penggunaan sistem pemantauan bandar selamat di kawasan hotspot jenayah dan taman perumahan, termasuk di kawasan perumahan elit.
5. Menyediakan sistem amaran awal banjir.
6. Memasang 10,000 tiang lampu LED di taman awam, jalan, lorong dan laluan awam.
7. Membenarkan pembinaan pagar di kawasan perumahan Putrajaya.
8. Membanteras kewujudan koloni warga asing melalui operasi bersepadu secara berkala.
9. Menambah bilangan kemudahan transit bagi waris pesakit warga Wilayah Persekutuan yang mendapatkan rawatan hospital di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
10. Sifar warga asing menduduki unit PPR dan PA.
11. Menyediakan ruang untuk pusat jaya diri di kawasan perumahan PPR dan PA.

Teras 5 – Wilayahku Ceria: Prasarana

1. Memperluaskan perkhidmatan “feeder bus” dari kawasan perumahan ke stesen LRT dan MRT.
2. Menyediakan “water taxi” di bawah projek “River of Life”.
3. Memperbanyakkan parkir bertingkat, terutama di kawasan perumahan.
4. Membina tambahan 30km laluan pejalan kaki berbumbung termasuk perhentian bas dan teksi.
5. Menaik taraf jaringan dan capaian internet berkelajuan tinggi secara percuma di kawasan PPR dan PA.
6. Menambah laluan khas berbasikal.
7. Menaik taraf sistem perparitan di kawasan hotspot banjir di Kuala Lumpur.
8. Membina jalan penghubung sebagai jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.
9. Menambah tong sampah kitar semula bagi tujuan mengurangkan 50% sisa pepejal dan meningkatkan kekerapan kutipan sampah domestik.
10. Memperluaskan perkhidmatan bayaran secara online bagi setiap perkhidmatan PBT.
11. Menambah parkir bertingkat di kawasan kuarters, bangunan pentadbiran dan perniagaan.
12. Menambah sistem pengangkutan awam melalui kaedah bersesuaian dan lebih efektif.
13. Menggantikan paip air usang di Labuan.
14. Membina jambatan menghubungkan Labuan-Menumbok, Sabah untuk merancakkan ekonomi dan pembangunan di Labuan.

Sumber: FMT