DAP 'Buang' Seng Giaw, Tak Mustahil Mahathir 'Singkir' Wan Azizah?


Tindakan DAP menggugurkan penyandang kerusi Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw kerana mempertahankan kebenarannya laporan 1MDB tidak mustahil akan diwarisi Tun Dr. Mahathir Mohamad jika beliau dipilih semula menjadi Perdana Menteri.

Dengan kuasa di tangan beliau boleh memecat sesiapa juga yang 'bercakap benar' tentang kerajaan dan menentang kemahuannya  

Kemungkinan pemimpin DAP juga akan dipecatnya walaupun parti itu menguasai kerusi Dewan Rakyat kerajaan.

Perlu ingat Dr. Mahathir telah memecat tiga orang timbalannya semasa beliau berkuasa sepanjang 22 tahun selain menamatkan perkhimatan beberapa ketua jabatan yang tidak bersetuju dengan kehendak beliau.

Dalam hal ini Dr. Mahathir  boleh sahaja memecat Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi timbalannya dan melantik anak orang lain termasuk Datuk Seri Mukhriz. 

Ketika memimpin partinya, PPBM dan Pakatan Harapan, Dr. Mahathir dilihat tidak konsisten dan sentiasa boleh berubah fikiran jika cadangannya tidak memberi 'keuntungan' kepada partinya dan ditentang oleh rakyat.

Kini beliau sanggup memakai 'jaket PKR' an mungkin juga sedia menanggalkannya selepas PRU. 

Tindakan menggugurkan Seng Giaw yang juga merupakan naib presiden parti itu menunjukkan wajah sebenar DAP yang tidak boleh meneria keberanan di pihak kerajaan.

Ini kerana isu 1MDB telah menjadi senjata utama pembangkang terutama Dr. Mahathir daripada awal hingga kini walaupun dakwaan itu tiada bukti dan diperjelaskan oleh berbagai pihak.

Namun ia menjadi kemarahan DAP kerana veteran itu mempertahankan kebenaran bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit seperti mana dakwaan Mahathir.

Mengulas`sikap DAP,  Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang dipetik daripada Utusan sebagai berkata, DAP sememangnya tidak berminat dengan mana-mana pemimpin yang berpendirian rasional dengan tidak membangkang secara membuta-tuli.

“Melihat rekod Seng Giaw, beliau tidak teragak-agak untuk mengkritik kepemimpinan DAP sekiranya terbukti mereka melakukan kesalahan. Malah, beliau juga tidak mempunyai masalah untuk memuji tindakan tepat yang diambil kerajaan dalam beberapa isu,” katanya ketika kepada Utusan Malaysia.

 Dr. Mahathir juga mengambil sikap yang sama semasa memimpin negara dan juga ketika beliau memimpin PPBM.

Beliau menyifatkan pemimpin yang meninggalkan parti itu sebagai 'sampah' apabila mereka menegur parti dan kepimpinannya. - Kedahnews.com