DAP & PKR Tampilkan Calon Jaguh Lompat Kawasan


Nasib baik tidak ada pingat untuk jaguh lompat kawasan, jika tidak sudah tentu pingat emas itu layak dikalungkan ke leher pemimpin DAP dan PKR. Dua parti ini memang jaguh lompat kawasan di Malaysia, selain calon perdana menterinya yang menjadi jaguh ‘u turn’ di Malaysia.

Setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), parti DAP dan PKR akan melompat kawasan untuk elak dari kalah. Kenapa mereka tahu akan kalah? Sebabnya mereka tidak buat kerja di kawasan, bila sampai masa lompatlah ke tempat baru dan gantikan orang baru di tempat lama mereka.

Inilah cara yang dibuat oleh “Makcik Kipas” bernama Wan Azizah. Presiden PKR itu lompat jauh dari parlimen Permatang Pauh ke parlimen Pandan. Anaknya pula, Nurul Izzah melompat jauh dari Lembah Pantai ke Permatang Pauh.

Pengundi di Kajang terus ditinggalkan. Janji PRK Kajang hendak selesaikan masalah banjir dan lalulintas di Kajang terus tidak dipedulikan lagi oleh Wan Azizah. Pengundi Kajang kena tipu hidup hidup. Resepi buat bengkang pun mereka tidak dapat di Kajang.

Di Lembah Pantai, PKR memilih Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebagai calon menggantikan Nurul Izzah. Datang pula buat janji baru, kemudian bila sudah cukup penggal nanti larilah ke tempat lain pula.

Seorang lagi jaguh lompat kawasan adalah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang melompat dari Seri Setia ke kerusi Parlimen Setiawangsa. Ambil budak baru bernama Najwan Halimi yang jasanya hanya kerana mengambil gambar Anwar dan Mahathir bersalam dalam mahkamah bertanding di Seri Setia.

Entah boleh buat kerja ke tidak budak ini, nanti jadi macam budak yang ambil video dulu kemudian tiba tiba jadi ahli parlimen di Petaling Jaya. Bila dapat jawatan, “tidak reti” langsung buat kerja.

Bekas Ahli Parlimen Tumpat yang baru jadi ahli PKR pada 2015, Kamarudin Jaffar juga lompat jauh dari Tumpat ke Bandar Tun Razak. Paling banyak lompat adalah Saifuddin Nasuiton, yang kini bertanding di Pulau Jerjak, Pulau Pinang. Sebelum ini pernah tanding di Lunas, Kedah dan Machang di Kelantan.

Xavier Jayakumar yang dulu bertanding di Subang, melompat jauh bertanding ke Kuala Langat. Seorang lagi jaguh lompat dan selalu kalah adalah Mat Sabu. Lompat di Kuala Kedah, Pendang, Kuala Terengganu dan yang terbaru lompat pula di parlimen Kota Raja.

DAP juga banyak kaki lompat kawasan, Nga Kor Ming dari Taiping ke Teluk Intan. Ini “makhluk kasar” yang bukan habiskan banyak masa dengan rakyat, dia lebih habiskan banyak masa “update facebook” dengan bahasa bahasa yang kasar sahaja.

Orang Teluk Intan jangan percayalah dengan calon DAP. Di Teluk Intan sahaja, DAP telah mencalonkan 10 individu berbeza sejak PRU ke-7 pada  tahun1986 lagi. 

Kasihan pengundi di Teluk Intan kerana tidak sempat mengenali wakil rakyat mereka. Pengundi di Lembah Pantai pun baru dua penggal, sempat dapat roti dan goreng pisang sahaja dari Nurul Izzah, ‘tup tup’ sudah bertukar ke tempat  lain pula. 

Mereka belajar menjadi jaguh lompat kawasan ini daripada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang tujuh kali lompat kawasan. Mahathir sendiri pun ikut cara Kit Siang, lompat tidak berani bertanding lagi di Kubang Pasu, lompat laut bertanding di Langkawi.

Ini bukti jelas pembangkang hanya mahu kedudukan dan kuasa sahaja. Mereka tidak berminat hendak berkhidmat pun kepada rakyat. Mahu kuasa semata mata. Jangan berilah undi kepada pakatan #HarapanPalsu ini.

BR1M sudah tentu tidak ada kalau rakyat tersilap memilih pembangkang. Manifesto BN dibuat kerana wakil rakyat hendak bekerja kepada rakyat. Berbeza dengan pembangkang yang buat manifesto untuk populis sahaja, kemudian lompat kawasan lari ke tempat lain.

Lihatlah bagaimana calon calon muda dan muka baru Barisan Nasional (lihat pautan ini :https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1846412238712578)

Calon BN yang lebih bertenaga dan “fresh” berbanding  calon pembangkang yang hanya pandai lompat kawasan sahaja.

#BersamaBN untuk #HebatkanNegaraku

Sumber: BeruangBiru