Dr. Leong, Asmadi Mahu 'Rampas' Padang Serai Daripada PKR



Parlimen Padang Serai bukanlah kawasan baharu bagi Datuk Dr Leong Yong Kong yang dipertaruhkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk merampas kawasan itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14 ini.

Padang Serai merupakan kawasan tradisi ditandingi oleh calon MCA dan pernah dimenangi oleh BN sebelum PRU 2008.

Dr. Leong yang juga Timbalan Presiden MCA negeri dan bekas Exco berkata, BN berpotensi untuk merampas semula kerusi Padang Serai pada kali ini kerana ianya memang menjadi sasaran BN.
Pada PRU13, Dr. Leong menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (UN) Gurun.

"BN telah memberi fokus untuk kembalikan Padang Serai pada pilihan raya ini melalui pertemuan dan dialog dengan penduduk dan membantu melaksanakan projek-projek di kawasan'' kata Dr. Leong kepada wartawan majlis pengumuman calon BN Kedah olehPengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar semalam.

Sementara itu Dr. Leong juga tidak menafikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir masih mempunyai pengaruh di Kedah tetapi itu bukan halangan untuk BN menawan kembali Parlimen Padang Serai.
Menurutnya BN telah menangkis tuduhan yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap kerajaan pada 
majlis perjumpaan dengan para pengundi.

Selain Dr. Leong, BN turut meletakkan Datuk Asmadi  Abu Talib (UMNO)  bagi menawan kerusi DUN Merbau Pulas yang dimenangi oleh PAS sementara bagi DUN Lunas,  BN mempertaruhkan M Thuraisingam daripada MIC.

Kedua-dua calon itu adalah antara muka baru  yang diketengahkan BN negeri bagi merampas kedua kerusi DUN di kawasan berkenaan.- Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir