Dr Mahathir Diperkudakan DAP - Najib


KUALA LUMPUR  Pengerusi pakatan pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya 'diperkudakan' DAP untuk memecah-belahkan undi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, tindakan dilakukan menampakkan seolah-olah DAP baik terhadap masyarakat Melayu.

"Saya perhati Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu, seolah-olah DAP baik kepada orang Melayu.

"Hakikatnya, mana ada? DAP ini baik ke kepada Melayu, kepada Islam? Dr Mahathir sendiri cakap DAP anti-Melayu dan anti-Islam #CakapTakSerupaBikin, " katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, semalam. - BERNAMA