SATU senarai calon-calon DAP kerusi negeri Selangor yang tersebar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini menunjukkan hanya dua nama Melayu yang tersenarai.
Dua calon tersebut tersenarai di Kampung Tunku (Jamaliah Jamaluddin) dan Dusun Tua (Edry Faizal), selebihnya majoriti Cina dan dua lagi berbangsa India.
Senarai ini menunjukkan realiti DAP yang dikuasai Cina dan orang Melayu hanya dijadikan tempelan.
DAP sendiri mengakuinya apabila mengatakan menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik orang Melayu mengundi Pakatan Harapan.
Walaupun terus mendakwa parti mereka parti berbilang kaum, DAP tidak boleh lari dari realiti sebenar yang membuktikan parti itu ialah parti Cina sepenuhnya.
Pemimpin Melayu sendiri tidak dapat bertahan lama dan akhirnya tersingkir apabila tiba masanya.
Ini terjadi semasa pemilihan jawatankuasa tertinggi kepimpinan DAP pada 2017, yang mana tidak ada seorang pun pemimpin Melayu terpilih, kecuali Zairil Khir Johari yang kemelayuannya dipersoalkan.
Tidak dipersoalkan langsung pada masa itu kenapa tidak ada pemimpin Melayu dalam barisan kepimpinan DAP, sedangkan sebagai parti yang mengaku berbilang kaum, komposisi pemimpin parti mesti mencerminkan realiti rakyat Malaysia.
Berikut senarai beberapa calon DAP Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14
1. DUN Subang Jaya : Michelle Ng
2. Kinrara : Ng Sze Han
3. Bandar Utama : Lim Yi Wei (Baru)
4. Subang Jaya : Michelle Ng (Baru)
5. Kg Tunku : Jamaliah Jamaluddin (Baru)
6. Teratai : Lai Wai Chong (Baru)
7. Dusun Tua : Edry Faizal (Baru)
8. Pandamaran : Tony Leong (Baru)
9. Bandar Baru Klang : Teng Chang Khim
10. Kota Kemuning : Ganabahty Rao
11. KKB : Lee Kee Heong
12. Balakong : Ng Tian Chee
13. Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah
14. Bukit Gasing : Rajiv
15. Sekinchan : Ng Suee Lim
Calon Melayu digunakan untuk merampas kerusi yang diwakili parti Melayu, untuk menjadikannya kerusi milik parti Cina.
Di Dun Dusun Tua, calon Melayu DAP boleh menyebabkan kerusi itu jatuh kepada DAP dan terikat pada dasar DAP.
Di negeri tertentu seperti Perak, DAP dijangka meletakkan calon Melayu untuk dicalon sebagai menteri besar, bagi membolehkan DAP menggunakan “remote control” terhadap menteri besar.
Penggunaan logo PKR dan bukan roket DAP lebih memudahkan untuk mengaburi mata orang Melayu. -Kedahnews.com