Jangan Hanya Kerana Cuti Dua Hari Dari PH, Tapi Sengsara Lima Tahun


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjanjikan cuti selama dua hari jika pakatan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Kalau Barisan Nasional (BN) menang pun, cuti umum pasti akan diisytiharkan juga jadi isu cuti tidak ada masalah pun buat BN.

Namun apa yang menjadi masalahnya, jangan hanya kerana cuti dua hari iaitu 10 dan 11 Mei yang dijanjikan oleh PH tapi sengsara selama lima tahun. Inilah yang perlu diambil kira kerana melihat pada manisfetonya pun dah tahu, apa yang dijanjikan oleh PH itu belum tentu dapat dilaksanakan.

Salah satu manifestonya ialah mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Itupun pun diragui oleh ahlinya.

Bekas Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw sendiri menyatakan bahawa janji untuk memansuhkan GST hanyalah `penyedap manifesto’ sahaja semata-mata mahu menarik perhatian rakyat.

Jika ahli sendiri boleh berkata demikian, sudah tentu ada yang tak kena. Seng Giaw digugurkan kerana beliau bercakap benar. Beliau pertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan siasatan dan mendapati Najib tidak bersalah.

Orang yang bercakap benar dicantas sebaliknya ada pemimpin dalam parti yang dihadapkan dengan rasuah masih dikekalkan.

Adakah kita ingin mengulangi pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, adakah ia masih tidak mencukupi. Matlamat beliau hanya satu iaitu menggulingkan Najib.

Bukan itu sahaja, dulu pembangkang menggelar beliau sebagai Mahafiraun, mengecam beliau sebagai perompak, hanya mengkayakan anak-anak dan kroni, diktator kerana melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengkritik Mahathir kerana Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian besar akibat urus niaga matawang asing (Forex).

Mahathir sendiri sudah tua. Sepatutnya beliau berehat sahaja. Sebab itulah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menasihatkan Mahathir supaya berkhidmat di Klinik 1Malaysia sahaja, tidak perlu nak sibuk-sibuk dengan politik negara.

Beliau boleh gunakan kepakarannya dalam bidang perubatan untuk mengubati orang lain. Tapi Mahathir memilih untuk bertanding lagi. Kali ini beliau mahu bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Kepada penduduk Langkawi, elok ditolak Mahathir.

Beliau sudah tua, bolehkah berkhidmat sebagai wakil rakyat lagi?. Khudrat Mahathir sudah tidak sekuat dulu lagi.

Sumber: Suara TV

#fakenews
#tsunamiPhitnah
#Harapanpalsu
#JomBn