Janji Mukhriz Nak Selesai 10 Perkara Dalam 100 Hari Jadi Bahan Jenaka Rakyat Kedah


Janji Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyelesaikan 10 perkara termasuk bekalan air dan menyediakan rumah kepada anak muda berkeluarga  dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Harapan memerintah kini menjadi bahan jenaka rakyat Kedah.

Ini kerana dalam tempoh dua tahun setengah Mukhriz menjadi Menteri Besar, beliau tidak dapat menyelesaikan banyak perkara untuk faedh rakyat negeri ini.

Mukhriz dalam ceramah beliau memberi alasan beliau tidak dapat meneruskan impiannya memajukan negeri Kedah kerana tempoh yang singkat menjadi  Menteri Besar 

Selain bertekad untuk mengatasi masalah bekalan air dan menyediakan rumah bawah RM100,000 seunit, Pakatan Harapan negeri Kedah menerusi manifesto mereka juga antara lain berjanji untuk  meningkatkan pendapatan dan menurukan kos hidup rakyat dengan mengusahakan tanah terbiar dan membuka ladang ternakan dalam tempoh 100 hari.  

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah juga turut 'tergelak' dengan janji-janji manis yang ditabur oleh Pakatan Harapan itu  untuk memancing undi rakyat pada pilihan raya umum ini. 

"Saya pun tak berani nak janji dengan rakyat untuk menyelesaikan banyak perkara dalam tempoh 100 hari selepas dilantik MB," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli Persatuan Penyokong Pendidikan Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa di Alor Setar hari ini.

Mukhriz boleh janji apa sahaja kepada rakyat termasuk 'bulan dan bintang' apabila berada di pihak pembangkang. Namun apabila diberi kuasa mereka tidak akan mampu melaksanakannya dengan memberikan berbagai asalan seperti mana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah pakatan pembangkang dlam dua penggal.

Sehungungan itu Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengingatkan rakyat khususnya pengundi di kawasan Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri Jitra agar tidak tertipu dengan janji Mukhriz itu.

Mukhriz yang juga pengerusi gabungan pembangkang negeri dan Timbalan Presiden Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) akan bertanding di dua kawasan itu pada PRU14 ini.

"Dua tahun setengah dia tak buat apa pun...tapi kini buat janji macam-macam,  nak buat berbagai projek dalam tempoh yang cukup singkat.., ini semua janji politik sebelum berkuasa" kata Ahmad Bashah.

Barisan Nasional (BN) bagaimanaun tetap menunaikan janjinya seperti yang terkandung dalam Manifesto BN selain berjanji untuk menambah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM800 selain BR1M tambahan kepada golongan berpendapat di bawah RM5,000 sebulan jika rakyat terus memberikan  mandat kepada kerajaan yang sedia ada pada PRU14 ini. - Kedahnews.com

#Fakenews
#TsunamiPHitnah
#BersamaBN
#HebatNegaraku