Kecoh! Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?


AKTOR berbadan sasa, Zul Ariffin sekali lagi terpalit dengan kontroversi ‘panas’ gara-gara foto menampakkan alat sulit lelaki yang dimuat naik menerusi Instory milik pelakon berkenaan.

Memetik beberapa sumber portal hiburan, perkara tersebut mula menjadi bualan hangat selepas salah seorang pengguna Twitter berkongsi screenshot daripada Instory milik Zul pada jam 8 malam tadi.

Difahamkan, foto berkenaan telah dipadam dua minit kemudian dan rata-rata netizen terkejut dengan perkara tersebut selain meluahkan rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, kekecohan tersebut mula terlerai apabila kelab peminat pelakon berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar di sebalik berlakunya perkara berkaitan.




Pentadbir kelab tersebut menegaskan bahawa akaun berkenaan sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan imej aktor tersebut.

“Hai semua, akaun bos (Zul) digodam, awal malam tadi. Dia sudah membuang foto terbabit dan semuanya dalam kawalan.

“Kami memohon maaf jika entri berkenaan menyinggung perasaan anda.Bos akan ambil tindakan sekiranya ia berulang kembali,” ujarnya.

Namun, sehingga kini Zul masih belum beri sebarang kenyataan berhubung kontroversi panas ini. Tak apa, sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi daripada mulut tuan empunya badan sendiri. –Kedahnews.com