Kesemua UTC Ditutup Sempena Pilihan Raya Umum


KUALA LUMPUR - Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu iaitu 9 Mei, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia akan mula beroperasi semula pada 10 Mei, 2018 (Khamis) seperti biasa, tambah kenyataan tersebut.

UTC merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. - BERNAMA