Sah sudah Tun Dr Mahathir akan bertanding di P.04 Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Maka gegak gempita ramai pihak tentang pengumuman tersebut meskipun sudah ramai yang sudah menjangka kerusi itu adalah "favorite" baginya.
Siapa yang tidak kenal dengan bekas Perdana Menteri itu di Pulau Langkawi? Nama Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan hotel-hotel bertaraf lima - enam bintang begitu sinonim sekali di pulau pelancongan tersebut.
Tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa Langkawi pesat membangun di zaman pemerintahan panji-panji Barisan Nasional yang dikemudi oleh Mahathir selama 22 tahun sebelum ini. Langkawi mula terkenal di seluruh dunia sejak era beliau, bukan?
Langkawi "direka bentuk" sebagai sebuah pulau pelancongan. Menerusi LADA, pembangunan di pulau itu menyaksikan pengambilan tanah di banyak lokasi strategik, termasuk melibatkan tanah milik rakyat dengan jumlah pampasan tertentu.
Ketika pengambilan tanah penduduk tempatan dibuat, kecoh juga suasananya apabila ramai yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang dilihat tidak setimpal dengan prospek keuntungan yang bakal dijana.
Namun penduduk dikatakan terpaksa akur dengan apa yang diberikan dan terpaksa beralah, memendam rasa.
Dalam tempoh pembangunan dilaksanakan, boleh dikatakan hampir 80 peratus daripadanya adalah lebih bersifat kormesil atau perniagaan seperti hotel-hotel lima dan enam bintang, jeti kapal layar dan pengubahsuaian sederhana di beberapa lokasi menarik di pulau itu.
Cuma culas sedikit apabila kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk penduduk Langkawi agak kurang dititik beratkan, kemungkinan kerana ia dilihat tidak memberi pulangan lumayan berbanding projek-projek kormesil yang pesat di situ.
Jalan-jalan rayanya ketika itu masih di tahap "kampung", kecil dan tidak diturap sepenuhnya. Kemudahan bekalan air dan elektrik pula dilihat lebih mengutamakan premis-premis sektor pelancongan berbanding kawasan yang didiami penduduk tempatan.
Antara alasan yang sering digunakan untuk "memujuk" hati penduduk Langkawi ketika itu adalah seperti konsep mahu mengekalkan "keaslian" dan nilai estatika pulau bersejarah berkenaan bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjunginya.
Sejak Langkawi diisytihar sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1 Januari 1987, maka ketika itu dibina pusat-pusat jualan barangan bebas cukai. Itupun hanya melibatkan premis yang sederhana tahapnya. Idaman Suri mahupun Ismail Group masih belum wujud ketika itu.
Pada 1996, The Tour de Langkawi mula diperkenalkan Mahathir kira-kira 10 tahun selepas Langkawi berstatus pulau bebas cukai. Penganjuran pertamanya pada 1996 turut mempromosikan pulau pelancongan itu ke peringkat antarabangsa.
Kemudian pada 1991, Mahathir memperkenalkan pula Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA), sekali lagi membuka ruang mempromosi Langkawi untuk menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.
Penganjuran-pengajuran acara tahap dunia itu sebenarnya lebih memberi keuntungan kepada pemilik-pemilik hotel besar, manakala penduduk tempatan hanya dapat berpuas hati dengan menikmati sedikit sahaja limpahan ekonominya.
Itu pun jika ada yang sudi membasahkan tekak di gerai-gerai yang dibina di tepi jalan di sana, atau menjamu selera di restoran tomyam yang kebanyakan tukang masak dan pekerjanya dari "negara jiran".
Sehingga awal milenium, Langkawi masih dilihat seperti pulau pelancongan "eksotik" terkemuka yang hanya mampu dilawati oleh pelancong daripada golongan kaya dan berada di negara ini selain pelancong luar negara yang menikmati layanan berdasarkan tahap mata wang Malaysia yang lebih rendah berbanding negara mereka.
Namun selepas 2005, barulah penumpuan dilakukan daripada sudut pembangunan infrastruktur asas di pulau tersebut. Jalan-jalan raya yang dulu kecil telah mula ditambah baik supaya lebih lebar dan kurang lagi berlubang di sana-sini seperti dahulu.
Kemudian, pihak kerajaan turut menambah baik jeti Langkawi, termasuk dua lagi jeti di Kuala Perlis dan Kuala Kedah yang menjadi pintu masuk utama bagi pelancong tempatan yang mahu ke pulau lagenda itu.
Ketika itu juga barulah tumbuhnya konsep "homestay" yang memberi pulangan lumayan kepada penduduk tempatan di samping perkhidmatan menyediakan kereta sewa yang lebih berpatutan harganya berbanding teksi yang lebih berminat melayan pelancong luar negara.
Malah sejak 2010, pelbagai perancangan dan pelaksanaan projek melibatkan pembangunan infrastruktur serta kemudahan asas di Langkawi. Tidak menunggu musim pilihan raya, jalan-jalan raya ditambah baik, produk pelancongan milik penduduk tempatan ditambah nilai dan pelbagai peluang ekonomi diwujudkan untuk usahawan tempatan di pulau itu.
Sehingga kini, Langkawi cukup bertuah kerana mempunyai penembusan jalur lebar paling laju berbanding daerah lain di negeri Kedah. Pelancaran Digital Langkawi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada Ogos tahun lalu membuktikan pihak Kerajaan serius untuk memberi kemudahan infrastruktur yang lebih baik sama ada kepada penduduk tempatan mahupun pelancong luar.
Malah Mohd Najib juga pada Februari lalu telah mengumumkan projek infrastruktur membabitkan projek menaiktaraf Hospital Langkawi, projek tadahan air, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya yang bernilai lebih RM1.3 bilion.
Ia jelas membuktikan komitmen Mohd Najib yang lebih menjurus kepada kepentingan kebajikan serta kemudahan yang memberi manfaat kepada kehidupan rakyat berbanding keuntungan kormesil "orang luar" yang menjadi dasar pilihan Mahathir sebelum ini.
Padahal, ketika Mohd Najib mengumumkan pembangunan infrastruktur di pulau lagenda itu, Mahathir yang kini bersama DAP, PKR dan PAN, belum pun mengumumkan dirinya akan bertanding merebut kerusi Parlimen Langkawi.
Justeru itu, jangan terkejut sekiranya terdengar suara-suara penduduk tempatan yang lebih menyanjungi dan memilih Barisan Nasional (BN) berbanding Mahathir yang bakal bertanding menggunakan "tiket" PKR pada PRU ke-14 ini.
Orang Langkawi sudah lama berteriak mahukan khidmat bekalan air yang lebih baik, hospital yang lebih sempurna, balai bomba daerah yang lebih efektif dan jalan raya yang lebih selamat serta tidak menjahanamkan kenderaan mereka.
Orang Langkawi sudah muak dengan pemilik-pemilik hotel "kroni" serta "taikun-taikun import" yang "beraja" di tanah Langkawi dan terpaksa berputih mata menjadi "pendatang" di bumi kelahiran sendiri.
Melegakan, LADA kini turut sudah berubah sikap dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi orang Langkawi sendiri berbanding pendekatan lama agensi itu yang lebih mementingkan keuntungan kormesil pihak tertentu.
Jangan terkejut jika Tun Mahathir tewas mengejut pada PRU ke-14 nanti. Bukanlah orang Langkawi tidak sayangkan beliau, namun orang Langkawi lebih sayangkan masa depan yang lebih baik bersama BN yang mereka yakini sejak Malaya merdeka. - Kedahnews.com
Siapa yang tidak kenal dengan bekas Perdana Menteri itu di Pulau Langkawi? Nama Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan hotel-hotel bertaraf lima - enam bintang begitu sinonim sekali di pulau pelancongan tersebut.
Tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa Langkawi pesat membangun di zaman pemerintahan panji-panji Barisan Nasional yang dikemudi oleh Mahathir selama 22 tahun sebelum ini. Langkawi mula terkenal di seluruh dunia sejak era beliau, bukan?
Langkawi "direka bentuk" sebagai sebuah pulau pelancongan. Menerusi LADA, pembangunan di pulau itu menyaksikan pengambilan tanah di banyak lokasi strategik, termasuk melibatkan tanah milik rakyat dengan jumlah pampasan tertentu.
Ketika pengambilan tanah penduduk tempatan dibuat, kecoh juga suasananya apabila ramai yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang dilihat tidak setimpal dengan prospek keuntungan yang bakal dijana.
Credit: NSTP |