KONSERT Rock Lagend 2018 melibatkan kumpulan May dan Prime Domestic yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei depan terpaksa ditangguhkan.
Pihak penganjur Granstage Sdn Bhd, mengambil langkah itu bagi menghormati para peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang ditetapkan pada 9 Mei depan.
Konsert jarakknya tiga hari sebelum tarikh mengundi dijangka akan menganggu perancangan peminat yang mungkin pulang ke kampung bagi tujuan mengundi.
Tambah penganjur lagi, langkah menangguhkan konsert itu juga adalah wajar dan mengambil kira kepentingan semua pihak.
Bagaimanapun tarikh baharu bagi konsert berkenaan akan diumumkan kemudian.
Peminat juga boleh berhubung menerusi talian 03- 2170 6333 atau 017-2630437 untuk mengetahui perkembangan lanjut.
Sumber: Mstar Online