Krisis Pakatan Makin Berlarutan, Banyak Bilik Gerakan Bakal Ditutup


Krisis dalam gabungan pembangkang PKR dijangka terus berlarutan dan semakin banyak bilik gerakan parti-parti dalam gabungan berkenaan dijangkan akan ditutup sebelum dan selepas penamaan calon.

Keadaan itu dilihat semakin tempang dan parah sekali gus bakal menjejaskan gabungan itu  untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pembahagian kawasan yang dilihat tidak seimbang antara parti yang bertanding dan perebutan  untuk meletak calon oleh pemimpin tertentu tidak boleh disembunyikan lagi walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail cuba menafikannya.

Pakatan pembangkang yang bersembunyi di belakang logo PKR lebih banyak menghabiskan masa ‘bercakaran’ sesama sendiri dengan berebut kerusi.

Mereka belum memberi tumpuan sepenuhnya bagi menjalankan gerak kerja termasuk memaikat pengundi.

Baru-baru ini Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan  'bersengketa' dalam pemilihan calon.

Ramai  pemimpin tinggi dalam PKR juga tidak puas hati  dan kecewa dengan pengguguran beberapa penyandang kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di Negeri Sembilan umpamanya PPBM masil  gagal mengumumkan senarai nama calonnya yang akan bertanding di di negeri itu.

Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Sembilan, Baharuddin Ahmad mendakwa ibu pejabat belum memuktamadkan senarai nama calon terbabit.

Beliau bagi pihak PPBM terpaksa memohon maaf kepada ahli kerana pengumuman calon itu tidak dapat diumumkan malam tadi.

PKR kedah pula dijangka akan mengumumkan calonnya malam ini, iaitu antara beneri terakhir mengumumkan nama calon.

Di samping itu ahli dan pemimpin PKR peringkat bahagian dan negeri juga memprotes terhadap penggunaan logo PKR oleh Dr. Mahathir dan calon PPBM.

Mereka tidak sanggup PKR 'dilacurkan' oleh Dr. Mahathir kerana kepentingan peribadi dan keluarganya. - Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir