Terlalu banyak pembohongan yang dilakukan Mahathir terhadap rakyat Malaysia sejak tahun 1981 lagi, kini diusia tuanya dia masih lagi berbohong dan menipu rakyat untuk mendapatkan kuasa yang diigininya.
Mahathir seolah olah menjadi “tuhan” politik dan mengusai segalanya dalam Negara ini. Rakyat diminta patuh segalanya dan disuruh mempercayai setiap pembohongan yang dilakukannya. Mahathir sudah bersifat luar batasan kemanusiaan.
Baru baru ini Mahathir berbohong lagi dengan mengatakan bahawa pilihanraya yang akan diadakan telah disekat dengan berbagai perundangan, sedangkan inilah pilihanraya yang digunapakai olehnya dahulu.
Mahathir terus berbohong dalam ertikata lain pada mulanya untuk rakyat, tetapi hari ini dimulutnya sudah tidak lepas lepas menyebut nama Najib , sekali gus membongkar niat dendamnya terhadap Najib dalam percaturan politik peribadinya.
Hari ini juga Mahathir terus membohongi rakyat bersama penyokongnya dimana telah cuba menukar sejarah dengan mengatakan bahawa Mahathir adalah keturunan darah Mahsuri sedangkan leluhur nyata Mahathir adalah seorang yang berasal dari Karala.
Bukan itu sahaja , Mahathir juga telah melakukan fitnah terhadap rakyat Malaysia dengan merngatakan bahawa kapalterbangnya telah disabotaj oleh individu tertentu. Pertuduhan terhadap rakyat Malaysia dalam sabotaj ini amat berat.
Mahathir juga tidak mahu membuat laporan polis berhubung kait dengan kejadian sabotaj tersebut menunjukkan secara nyata bahawa ianya satu pembohongan yang berat dimana sudah pastinya satu siasatan akan dilakukan secara terperinci dilakukan.
Jangan hairan selepas ni terdapatnya dakwaan lagi sabotaj dan cubaan untuk membunuh Mahathir yang akan dikatakan oleh Mahathir. Beliau sekarang sudah tahap orang yang hilang akal apabila segala niatnya terhalang.
Di usia yang mencecah 100 tahun Mahathir kini lupa diri dan seakan macam firaun dan karun yang ingin menongkat langit dengan kuasa dan kekayaan yang tidak pernah cukup baginya. Allah sudah membenarkannya berkuasa 22 tahun dan memberikannya kekayaan yang amat banyak.
Benar kata orang tua, apabila manusia diuji dengan kekayaan maka kesombongan kebongkakan dalam hati mula menghitam dan tidak akan mermpedulikan lagi dalam ancaman terhadap agama Islam dan juga bangsanya.
Fitnah dan penipuan menjadi hidangan yang enak baginya setelah bersama DAP. Jika dahulu ini lah musuh politik yang mengancam Islam dalam Negara ini, Ini lah musuh politik yang yang akan memudaratkan bangsa Melayu yang pernah ditentangnya.
Niat Mahathir kerana dendam apabila tidak dapat apa yang dimahukan telah menyebabkan Mahathir menjadi rakus dan tamak dengan apa yang diiginkan tidak kesampaian. Dendam, irihati, benci dan sombong segalanya ada dalam diri Mahathir sekarang.
Najib ditentang hanya kerana menyelamatkan wang rakyat yang berbillion dirompak secara terhormat oleh Mahathir dan kroninya. Tindakan ini telah menyebabkan Mahathir merah mata melihat Najib. Segala yang dibina oleh Mahathir dihancurkan dengan menamatkan perjanjian dengan kerajaan.
Najib ambil semula pembayaran subsidi melalui IPP kepunyaan kroni Mahathir yang terpaksa kerajaan bayar sebanyak RM19 billion setahun yang digunakan sebelum ini dengan menggunakan wang rakyat. Mahathir melihat tindakan Najib ini seakan telah menyembelih angsa emas dalam kurungannya.
Najib tidak setuju untuk swastakan MAS kepada kawannya, luluskan lesen judi untuk karibnya, bagi geran percuma RM3 bilion kepada Proton semasa dia pengerusi dan tidak menolong anak dia menjadi Naib Presiden UMNO ataupun melantik dia sebagai ahli majlis tertinggi.
Mahathir sangat marah dengan keengganan Najib kerana beliau anggap Najib sebagai tidak mengenang budi sebab merasakan dirinya ialah orang yang naikkan Najib sebagai perdana menteri. Merasakan Mahathir dan Mukhriz sahaja yang layak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.
Mahathir gemar bergaduh. Dia gaduh dengan hampir semua perdana menteri yang lain seperti Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Pak Lah. Dia cuma tidak sempat lawan dengan Tun Razak kerana terlalu awal meninggal.
Mahathir juga gaduh dengan hampir semua timbalan-timbalan dia seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim. Dan Hari ini Mahathir sedang bergaduh dengan keseluruahan rakyat Malaysia kecuali penyokong yang berkepentingan dengannya sahaja.
Perancangan Mahathir untuk membalas dendam dengan Najib setelah lima tahun masih tidak dapat dilaksanakan. Dendam ini semakin membara kerana Najib tegas dengan pendiriannya dan tidak senang dikalahkan.
Niat Najib pula ialah dia benar benar meletak kepentingan dan masa depan negara melampaui kepentingan politik peribadi.Rakyat sekarang tiada lagi dihidangkan dengan dasar konsesi dimana pembohongan Mahathir dahulu yang menyatakan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk melakukan pembangunan.
Kerajaan di zaman Mahathir dikatakan terpaksa menggunakan kaedah konsesi dan meletakkan tol disegenap lebuhraya sebagai alasan untuk menampung peyelengaraan lebuhraya. Rakyat akur dan terpaksa membayar beban ini untuk memperkayakan kroninya.
Sebenarnya perkara yang menjadi kebencian Mahathir ialah tindakan tegas Najib untuk menyempurnakan agenda transformasi negara dan untuk menyelesaikan masalah legasi yang membebankan negara dan rakyat.
Najib telah menyelesaikan masalah perjanjian berat sebelah IPP, dan membeli balik PLUS Highways sepenuhnya dari kroni-kroni dan sekaligus menghapuskan perjanjian tol yang tidak adil walaupun kebanyakkan kroni ini merupakan kawan Mahathir.
Komitmen Najib untuk menurunkan harga kereta sejak dia memerintah untuk mengurangkan beban hutang rakyat dan membolehkan rakyat mampu membeli kereta yang lebih selamat juga membawa banyak kemarahan dari Tun Mahathir kerana telah menjejaskan syarikat Proton kesayangan Mahathir dan anak beranaknya.
Najib juga tegas untuk melaksanakan permansuhan subsidi pukal dan GST walaupun tidak menguntungkan politik peribadinya kerana tahu langkah-langkah ini adalah penting untuk jangkamasa panjang negara – seperti telah dilakukan di hampir seluruh negara-negara di dunia.
Masa Ringgit menurun dan Najib diserang dalam segi politik dengan teruk, dia tegas untuk tidak menambat Ringgit seperti dilakukan oleh Tun sebelum ini kerana tahu langkah ini akan merugikan negara dalam jangka panjang.
Oleh kerana langkah berani ini, pertumbuhan ekspot negara kita melonjak berganda dan industri pelancongan negara bertumbuh pesat.
Walaupun Najib benar-benar menyelamatkan negara tahun 2009 ketika negara dalam krisis ekonomi dunia yang paling teruk sejak 80 tahun dahulu, Najib difitnah kerana meminjam dan menggunakan wang untuk disuntik ke dalam ekonomi negara sebagai langkah menentang kemelesetan ekonomi negara yang akan lebih teruk jika langkah ini tidak diambil.
Segala yang dilkukan oleh Najib adalah buruk dimata Mahathir. Ini adalah kerana apa yang disentuh Najib dilihat sebagai ancaman kepada Mahathir yang mana zaman pemerintahannya hanya untuk kroninya sahaja dan bukan untuk rakyat.
Niat dan motif dia satu sahaja. Menumbangkan Najib dengan apa saja cara termasuk U-turn demi U-turn diatas prinsip-prinsip beliau sebelum ini, melontar fitnah di atas fitnah dan berpakat untuk berbuat jahat dengan parti cauvinis dan orang yang dimusuhi dia selama 20 tahun.
Sumber: PRU14tv