Mahathir Bergaduh Dengan Semua Orang, Kini Jadi Hamba DAP Pula Meraih Undi


Mahathir mana pernah mahu hidup lekeh dari orang lain. Mahathir merasakan dirinya adalah orang bangsawan kerana ibunya dahulu adalah keturunan yang bergelar "Wan". 

Ketika awal bertugas di Langkawi sebagai doktor pada tahun 1950an, Mahathir sudah pakai kereta Pontiac Catalina di pulau itu. Zaman itu, kereta Pontiac ini hanya dipakai oleh golongan raja dan bangsawan sahaja. 

Sebab tidak hendak lekeh dari orang, Mahathir beli kereta Pontiac pada zaman itu. Mungkin masa itu Mahathir sudah belajar memandu Pontiac dalam hujan lebat sebagaimana bawa Porshe sekarang ini. 

Jadi dia katalah, dia layak jadi YB pada masa itu sebab bawa kereta Pontiac, namun orang Langkawi apa dapat? Hanya dapat tengok sahajalah. Sebagaimana ahli ahli PPBM sekarang tengok sahajalah Mukhriz bela kucing harga RM200,000, Mokhzani naik Bugati Veyron dan kuda Mahathir makan karot sampai berpuluh ribu sebulan. 

Itu dulu, kini Pontiac Catalina yang berusia 68 tahun itu sudah berada di muzium Mahathir di Langkawi. Tuan kereta yang cakap dulu hendak berhenti dan kata "dah lama dah", kini masih lagi tidak mahu masuk muzium. 

Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Banyak benda sudah lingkup sejak zaman Mahathir. Banyak lagi benda akan lingkup kalau bagi Mahafiruan ini jadi PM semula. 

Semua timbalannya dibuang. Sifat Tun Musa yang 'Genius' menjadi api dalam sekam kepada Tun Mahathir. Lalu beliau memerangkap Tun Musa dalam peristiwa Memali, 1985, iaitu 3 tahun selepas Anwar Ibrahim dibawa masuk ke dalam UMNO dengan tujuan untuk mengimbangi pengaruh Islam yang dibawa oleh PAS.

Kemudian pada 10 Mei 1986, Tun Ghaffar Baba telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tun Musa Hitam. Mahathir perangkap Ghafar pula. 

Ghafar diarahkan membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana iaitu meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap RUU (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada YDPA. Majlis Raja Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini.

Berlakulah kes Prebet Adam dan insiden Douglas Gomez, jurulatih hoki yang khabarnya dipukul. Sekali Mahathir pergunakan Ghafar untuk membentangkan satu usul di Parlimen. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di mana Raja Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.

Kemudian Ku Li dilawan Mahathir kerana bercita cita hendak jawatan no. 2. Hancur habis UMNO dikerjakan Mahathir. Tun Salleh Abbas dipecat selepas itu pada tahun 1987. 

Kemudian Mahathir naikkan “blue eye boy” beliau pada ketika itu menjadi Timbalan. Anwar digunakan Mahathir untuk lawan Team B dalam UMNO.

Sebanyak RM200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO. Kesemua wang tersebut diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau yang bernama Quek Leng Chan.

Kemudian tiba giliran Anwar kena pecat pada tahun 1998. Gelaran "Mahafiruan" dan parti PKR ditubuhkan untuk lawan Mahathir. Kini parti mata lebam itulah yang digunakan logonya oleh Mahathir. 

Pada 30 September 2017, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. 

Kerana kuasa dan mahu jatuhkan kerajaan Barisan Nasional, Mahathir sanggup jadi hamba pada DAP. Mahathir sudah bertukar dari seorang nasionalis, kemudian jadi ultra Melayu. 

Bila sudah dapat kuasa bertukar lagi jadi penyokong kroni dan kapitalis. DAP tidak pernah bertukar prinsipnya, masih dengan Malaysian Malaysia. Mahathir kini sudah menjadi hamba kepada kumpulan chauvinis. 

Hari ini DAP berbangga kerana meletakkan beberapa calon Melayu termasuklah cucu Shamsiah Fakeh di Kota Damansara. Dulu komunis guna neneknya di dalam hutan, kini cucunya digunakan DAP untuk dapat undi dalam bandar. 

Yang muda menjadi alat DAP, yang tua seperti Mahathir pula menjadi hamba DAP. Kerana kuasa, Mahathir sanggup jadi hamba, buang semua sifat lekehnya dulu masa memandu Pontiac Catalina di Langkawi. #HarapanPalsu #SinOfMahathir

Rakyat jangan bagi undi pada hamba DAP ini. Perlu mengundi dan #BersamaBN #HebatkanNegaraku. Selamatkan Malaysia daripada hamba DAP yang bernama Mahathir. 

Tulisan :
Beruang Biru
BB890, Khamis
26 April 2018