Mahathir Boleh Tipu Parti Lain Tetapi Bukan Dengan PAS



PAS bersyukur kepada Allah SWT kerana menyelamatkan parti itu daripada bersekongkol dengan DAP dan Tun Dr. Mahathir Mohamad..

Ahli jawatakuasa kerja PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata Dr. Mahathir boleh tipu parti lain tapi tidak boleh perdayakan  PAS. 

" PAS tidak rugi sedikit pun kerana tidak bersama Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, " kata Mokhtar yang dipetik daripada Harakahdaily hari ini.

Mokhtar berkata PAS sangat bersyukur kerana Allah selamatkan parti itu dari bersekongkol dengan manusia bernama Tun Mahathir.

Mahathir dan pakatan pmbangkang yang diketuai DAP bersema sekutunya PKR serta PAN merupakan sebuah gabungan yang sarat dengan maksiat dan mungkar hanya kerana mengejar Putrajaya.

Pemimpin PAS itu turut menasihatkan Dr. Mahathir kembali menjadi pegawai perubatan atau doktor dengan membuka klinik atau pun berehat bersama anak dan cucu.

" Kalau Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) yang berkelulusan Siyasah Syar'iyyah dikata Oleh Mahathir sebagai tak tahu politik maka sudah tentu doktor perubatan lebih-lebih lagi tidak tahu politik, " kata Mokhtar.

Beliau juga menyarakan Dr. Mahathir mengenang kembali bagaimana peranan beliau sehingga tercetusnya Peristiwa Memali ang berlaku di Baling lebih 30 tahun lalu. 

"Tun ada dosa dengan keluarga syuhada Memali yang belum diselesaikan. Walaupun Tun ada jasa kepada negara ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, namun kemusnahan yang dicetuskan oleh Tun juga besar," katanya lagi.

Beliau yang turut membidas Dr. Mahathir yang menyerang Prsiden PAS sebagai 'ustaz kampung.'

Tindakan Dr. Mahathir  kembali menyerang Abdul Hadi setelah gagal memujuk PAS untuk bersama Pakatan Harapan.

Dr. Mahathir juga amat bimbang parti gabungan pembangkang akan kalah teruk akibat pertandingan tiga penjuru seperti mana pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar setelah PAS tidak bersama lagi membantu mereka. -  Kedahnews.com