Mahathir Hina PAS Masuk Bertanding Di Langkawi Kerana Suka-Suka, Main-Main


DENDAM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap PAS tidak pernah surut dan terhenti begitu sahaja. Malah, ia semakin memuncak pada PRU14 kali ini apabila disaat akhir, PAS telah meletakkan calon di Parlimen Langkawi.

Ini membuatkan 42,697 pengundi berdaftar di sana mempunyai tiga pilihan untuk kerusi panas berkenaan. Sudah tentu perkara ini menambah kemarahan dan dendam dalam hati Dr Mahathir yang pada mulanya tampak lebih selesa jika hanya ada perlawanan satu lawan satu.

Menzahirkan rasa dendam yang membara di hati itu, Dr Mahathir terus mencemuh serta menghina PAS dalam sesi Ceramah Harapan Langkawi pada malam 28 April 2018 di Dewan Ho Ping, Kuah, Langkawi.

“Calon PAS tidak pernah menang sekali pun di Langkawi, tapi mahu bertanding juga. Seronok….

“Dia anggap ini (pilihan raya umum) satu permainan, Ini bukan permainan tuan-tuan, ini perkara serius,” kata Dr Mahathir penuh kebencian.

Dr Mahathir bercakap demikian di hadapan kira-kira 500 orang penyokongnya, sambil menambah bahawa pengundi di Langkawi tidak patut untuk memangkah ‘bulan’ (PAS) dalam PRU14 kali ini.

Pengerusi Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu juga turut melancarkan kempen Undi Sifar Untuk PAS dalam pilihan raya kali ini.

Ternyata dendam kesumat Dr Mahathir terhadap PAS tidak pernah reda begitu sahaja. Mungkin inilah yang diharapkan oleh bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor supaya umur bekas Perdana Menteri itu berpanjangan supaya rakyat Malaysia dapat lihat ‘topeng’ disebalik rupa paras Dr Mahathir yang sebenar.

Dalam PRU14 kali ini, Dr Mahathir bukan sahaja dicabar dengan sengit oleh penyandang Datuk Ir Haji Nawawi Ahmad, malah dia juga turut mendapat tentangan hebat dari Yang DiPertua PAS Kawasan Langkawi merangkap calon parti itu iaitu Zubir Haji Ahmad. 

Sumber – TV14

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir