Mahathir Pun Naik Pencen, Mukhriz Dan DAP Pula Nak Buang Penjawat Awam


Hasrat Pakatan Harapan terutama DAP dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mengurang dan memecat pegawai kerajaan jika parti itu memerintah 'terpukul' apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menghargai pengorbanan golongan tersebut dengan tambahan kenaikan gaji tahunan.

Dalam pada itu kerajaan tidak melupakan golongan pesara kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila memberikan kenaikan satu peratus kadar pencen secara ‘one-off’ bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian itu sebagai tambahan sebanyak dua peratus yang diterima sebelum ini.

“Manfaat ini akan diterima oleh semua pesara termasuk pesara yang berumur 93 tahun itu juga akan menerima juga,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam di Putrjaya hari ini.

Tidak terkecuali beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan kuota khas haji untuk golongan pesara kerajaan.

Selain  pemberian insentif seperti kenaikan pangkat kepada kumpulan pelaksana dan guru,samping penambahan imbuhan sebanyak satu peratus melibatkan  kepada kira-kira 800,000 pesara, 

Turut mendapat manfaat ialah ibu bapa penjawat awam kontrak,  kesatuan sekerja dan kesatuan pesara juga mendapat peruntukan baharu kerajaan.


Sementara itu Perdana Menteri turut menempelak pembangkang kerana sering memperlekehkan peranan dan menghina 1.6 juta penjawat awam negara ini.

Beliau membericontoh kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir yang mahu memecat pegawai tertinggi kerajaan sekiranya parti itu memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Lebih menyedihkan, saya berasa sungguh kecewa, apabila terdapat pemimpin pembangkang yang tergamak memperlekeh dan menghina para penjawat awam sebagai 'kucing kurap', kata Najib.-

 - Kedahnews.com