Mahfuz Diiringi 300 Penyokong 'Tenggelam' Dalam Tsunami BN Di Pokok Sena


Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) yang cukup 'garang' untuk  mempertahankan Parlimen Pokok Sena atas tiket gabungan PKR sudah 'kalah' di segi sokongan moral.

Walaupun pakatan pembangkang bergabung dengan empat buah parti menggunakan lambang PKR, hanya sekitar 300 orang sahaja penyokong parti mengiringi calonnya ke pusat penamaan di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.


Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS begitu lantang menyerang Barisan Nasional (BN) dan PAS, kini tentunya perlu 'menilai semula popularitinya' kerana penyokong pakatan telah 'tenggelam' dalam #tsunamiBiru dan kehijauan parti lamanya.

Kira-kira 3,000 penyokong BN Pokok Sena daripada parti komponen UMNO, MCA, MIC dan Gerakan termasuk kaum wanita dan pemuda menyertai perarakan yang penuh semangat perjuangan itu sambil melaungkan 'Hidup BN' dan menyanyi lagu patriotik.

Sementara PAS membawa lebih 1,000 orang penyokong bagi mengiringi calon-calonnya termasuk bekas pemain bolasepak Kedah Muhamad Radhi Md Din yang akan menentang Mahfuz dan calon BN.



BN mencalonkan Ketua UMNO bahagian Datuk Said Ali Syed Rastan bagi mengambil kembaii Pokok Sena dalam persaingan tiga penjuru itu.

Bagi DUN Bukit Lada, BN mempertaruhkan semula bekas ADUN kawasan itu, Datuk Ariffin Man yang akan dicabar oleh tiga calon lain daripada PKR yang diwakil Aizad Roslan, Salim Mahmud (PAS) dan Datuk Ismail Othman (Bebas).

Sementara bagi DUN Bukit Pinang, BN akan mencabar penyandang kawasan itu daripada PAS, Wan Romaini Wan Salim dan Zahir Ahmad dari PKR.

Datuk Dr. Cheah Soon Hai dari Gerakan pula diletakkan semula oleh BN untuk bertading di DUN Derga dan beliau akan mencabar penyandang kerusi itu iaitu Pengerusi DAP negeri Tan Kok Yew (PKR) dan Yahaya Saad daripada PAS. - Kedahnews.com

#TsunamiBiru

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku