ALOR SETAR -Selama ini bukan sahaja UMNO dijadikan sasaran fitnah oleh gabungan pembangkang PKR, bahkan PAS juga turut tidak terlepas untuk terkena tempias politik kotor mereka.
Presiden PAN, Mohamad Sabu bagaikan tidak serik apabila terus-menerus menuduh PAS yang selama ini mengamalkan dasar politik matang dan sejahtera sebagai menjalinkan kerjasama dengan UMNO kononnya bagi menjatuhkan gabungan pembangkang PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu turut tidak berpuas hati dengan kemeriahan kempen PAS dan cuba mengaitkan pemasangan bendera gergasi parti itu di sekitar bandar raya dan perkampungan ini sebagai mempunyai kaitan dengan UMNO.
Tidak cukup dengan fitnah murahan itu, Mat Sabu yang menjadi pengasas PAN mendakwa, kekayaan Pas pada masa ini adalah disebabkan berlakunya kerjasama dengan UMNO.
"Pas memang bekerjasama dengan UMNO, Pas dah duit banyak sekarang.
"Dulu kami bulu dada tak sempat naik, sebab panjat pokok kelapa pasang poster tapi sekarang tengok poster Pas, kaya parti bang Mat dulu ini," katanya ketika berucap pada berucap pada majlis ceramah di Taman Derga Jaya, di sini malam semalam memetik Utusan. - Kedahnews.com
#JomBN #BersamaBN
#DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M
#ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir
#DosaDosaMahathir