Mesej Tular Suruh Berhati-Hati Dengan Laman Pautan SPR Adalah Palsu


KUALA LUMPUR — Sebuah mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai laman pautan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini disahkan sebagai palsu.

Menurut sebenarnya.my, mesej itu meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan alamat pautan http://pengundi.spr.gov.my yang didakwa merupakan sebuah laman SPR yang palsu dan cuba mencuri data peribadi.

“Kononnya laman SPR dengan pautan http://pengundi.spr.gov.my adalah sebuah laman palsu yang cuba mencuri maklumat kad pengenalan.

“Sedangkan sebenarnya kedua-dua alamat pautan http://pengundi.spr.gov.my dan https://pengundi.spr.gov.my akan membawa pengguna ke laman SPR yang asli,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan mesej palsu berkenaan.

Sumber: Utusan Online