Najib Juga Bawa Banyak Kemajuan Ke Langkawi, Penduduk Tempatan Diberi Tumpuan Utama


Walaupun Pulau Langkawi dinaikkan taraf sebagai pulau pelancongan bebas cukai di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memberi tumpuan kepada penduduk pulau itu.

Tiada usaha untuk memansuhkan status bebas cukai di Langkawi malah Kerajaan Persekutuan komited untuk membangunkannya ke tahap lebih tinggi berbanding yang ada sekarang.

Perdana Menteri telah memberi beri jaminan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan terus dikekalkan kerajaan.

Tidak seperti Dr. Mahahir akan menamatkan projek yang dirancang oleh kerajaan Persekutuan jika Pakatan Harapan  jika menang PRU14 ini, Najib tidak pula bertindak seperti bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Tumpuan Najib bukan sahaja projek mega dan komersial tetapi menjuruskan kepada faedah rakyat pulau itu yang diabaikan oleh Dr. Mahathir.

Semasa lawatannya ke Langkawi barubaru ini,  Najib mengumumkan peruntukan bernilai RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruktur di Langkawi menerusi peruntukan Rolling Plan Ketiga (PR3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Lima projek infrastruktur itu adalah merangkumi projek tadahan air, menaik taraf Hospital Langkawi, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya yang kebanyakannya untuk faedah rakyat pulau berkenaan.

Kerajaan Persekutuan meluluskan pembesaran Hospital Langkawi melalui pembinaan bangunan tambahan dengan kos berjumlah RM500 juta.

Hospital Langkawi masa kini hanya dapat menampung 110 katil pesakit. Bangunan baharu kelak akan dilengkapi 220 katil, Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Jantung dan beberapa dewan bedah, klinik pakar dan jabatan rehabilitasi.

Sebelum ini Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menjalin perkongsian strategik untuk membangunkan projek perumahan termasuk membina 1,000 unit rumah mampu milik di pulau peranginan ini.

Projek pembinaan perumahan dua fasa membabitkan tanah keluasan 57.6 hektar milik Lada itu turut merangkumi rumah teras setingkat, dua tingkat dan apartmen.

Selain itu Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga dirancang untuk penduduk  di Kuah dan Ulu Melaka, Langkawi.


Dalam pada itu kerajaan Persekutuan juga meluluskan pembinaan kuarters untuk kakitangan Jabatan Kesihatan di Langkawi dengan kos RM1.35 juta

Kini Pulau Langkawi yang berjaya menjana pendapatan RM4.7 bilion, hasil sektor pelancongan di pulau itu  berjumlah RM4.7 bilion dalam tempoh Januari hingga  September tahun lalu, hasil  promosi berterusan  di peringkat antarabangsa sehingga menggamit ketibaan 3.67 juta pelancong.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad  Ahmad Bashah berkata Perdana Menteri emberikan perhatian khusus  kepada pembangunan di Langkawi selama ini dan ingin melihat tahap pelancongan di pulau ini meningkat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Langkawi sentiasa dekat di hati Datuk Seri Najib. Selama ini Langkawi dikenali sebagai Permata Kedah tetapi Perdana Menteri ingin menjadikannya sebagai Permata Malaysia,” katanya. - Kedahnews.com.