SEBAGAI ibu bapa, kita bebas untuk memilih jalan terbaik buat anak yang sedang dalam proses pembesaran. Pendidikan juga penting bagi mereka demi menjamin masa hadapan yang cerah.
Bagi penerbit dan pengarah filem terkenal, Aziz M Osman mempunyai sebabnya yang tersendiri mengapa dia memilih untuk menghantar anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra ke sebuah sekolah antarabangsa.
“Ada rezeki untuk hantar di ke sekolah antarabangsa, jadi apa salahnya kita memberi pendidikan yang terbaik untuk dia. Saya mahu dia berada dalam persekitaran yang betul dan positif.
“Ada suatu ketika ibunya berdepan dengan situasi negatif melibatkan rakan-rakan dan dia tidak boleh terima. Ia disebabkan dia dikelilingi persekitaran positif,” katanya dipetik portal mStar Online.
Menurut Aziz, 55, dalam usia puteri bongsunya yang sedang meningkat naik, dia mahu Ara dikelilingi dengan suasana yang positif supaya tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak elok.
Namun, niatnya bukanlah mahu perlekeh sekolah bantuan kerajaan tetapi disebabkan pengalaman buruk dialami ketika menghantar Ara ke sekolah awam, Aziz ambil keputusan untuk memberikan yang terbaik kepada si kecil itu.
“Sebelum masuk ke sekolah antarabangsa saya pernah hantar dia ke sekolah biasa. Saya lihat ada perkembangan yang tidak baik, dia pandai menjerit dan memanggil orang dengan perkataan ‘Oi’.
“Saya tidak salahkan budak-budak itu, tapi ibu bapa dan cara mereka dibesarkan itu membentuk mereka bagaimana,” tambahnya lagi.
Sebagai ibu bapaa, mereka mahukan yang terbaik untuk masa depan Ara yang kini berusia enam tahun itu.
Dalam masa yang sama, Aziz turut tidak mengongkong anaknya untuk mempunyai media sosial sendiri tetapi masih mengawal setiap akses si kecil itu supaya tidak melampaui batas.
Walaupun baru berusia enam tahun, Ara kini telah mempunyai lebih daripaada 100,000 pengikutnya yang tersendiri di laman sosial Instagram.
Dia gemar merakamkaan video aksinyaa sedang bersolek sambil berceloteh di hadapan kamera.
“Saya beri kebebasan namun memimpin dia dalam melakukan perkara-perkara yang dia suka.
“Kalau kita larang dia akan memberontak dan cari alternatif lain. Ia lebih membahayakan, lebih baik kita beri sahaja apa dia mahu tapi dengan cara yang betul,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aziz dan Ara bakal menjayakan program baharu di bawah siaran Astro berjudul Oh My Family!.
Selain Ara, beberapa lagi anak selebriti tempatan turut terlibat iaitu anak Datuk Fazley Yaakob, Rita Rudaini, Azad Jazmin dan Datuk Aaron Aziz.
Program berkenaan bakal bersiaran di saluran Astro Ria, Ria HD serta Astro Ceria setiap Rabu jam 9 malam bermula minggu hadapan. - Kedahnews.com