Penyokong tegar Barisan Nasional (BN) juga bekerja pada hari Rabu.
Malah penyokong BN juga tinggal di negeri yang berbeza dengan tempat mereka mendaftar sebagai pengundi.
Jadi apa masalahnya bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti pembangkang lain yang tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari Rabu, 9 Mei depan sebagai tarikh mengundi bagi pililhan raya umum ke-14.
Peresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tidak mengambil kisah tentang perkara itu, sebaliknya beliau mahu SPR diberikan kebebasan sepenuhnya.
Penetapan hari mengundi pada hari bekerja bukan perkara luar biasa sehingga boleh mencetuskan masalah kerana ia pernah dilakukan sebelum ini.
Dr Mahathir mendakwa` kononnya penetapan tarikh mengundi pada hari bekerja melanggar hak pengundi.
Daripada 14 kali pilihan raya umum, lapan kali hari pengundian dijalankan pada harri bekerja termasuk hari Ahad di mana ia adalah hari bekerja pada negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Apa yang peliknya, sebelum ini terdapat seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong kempen boikot dan 'undi rosak'. Kempen itu muncul sebagai tanda protes terhadap Pakatan Harapan selepas Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri kepada gabungan empat parti pembangkang itu.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tarikh yang sudah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu pasti sudah dipertimbangkan dalam pelbagai aspek sebelum ditetapkan.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tarikh yang sudah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu pasti sudah dipertimbangkan dalam pelbagai aspek sebelum ditetapkan.
Katanya, perkara itu sepatutnya tidak dijadikan isu kerana sebelum ini ia pernah berlaku ketika negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
Beliau pelik segala perkara yang dibuat kerajaan atau akan diputar belit oleh pihak pembangkang dan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada rakyat.
Walaupun Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh pilihan raya itu, pihak pembangkang dalam PKR mengalih sasaran untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak berpuas hati dengan penetapan tarikh mengundi.
Sementara itu Perdana Menteri meminta semua pemilih supaya merancang jadual dan masa untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei nanti.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata mengundi adalah hak dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap rakyat Malaysia.
"Setiap satu undi saudara dan saudari semua adalah penentu kepada masa depan negara dan generasi akan datang," katanya menerusi blog NajibRazak.com bertajuk 'Kewajiban Pada Negara'. - Kedahnews.com