PPBM Dibubar Sementara, Tidak Boleh Guna Nama, Logo Dan Jalan Aktitviti Selama Sebulan


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan sementara kerana melanggar Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim.

Beikutan itu PPBM tidak dibenar guna nama, logo dan laksana aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara.

Jika gagal kemukakan butir-butir maklumat dan dokumen yang diperintah dalam tempoh di tetapkan, perintah pembubaran sementara akan menjadi mutlak.

Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar RoS mengharamkan PPBM ekoran kelewatannya mengesahkan pendaftaran parti itu.

Beliau berkata, kelewatan itu menyebabkan PPBM dalam keadaan terumbang-ambing sekali gus memberi kesan kepada Pakatan Harapan untuk memilih logo dalam pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sepatutnya permohonan kita didaftarkan tapi tak diberitahu lulus atau tidak, RoS tidak menjawab soalan sekarang kita serba salah nak guna logo yang mana satu.

“Mungkin tak lulus, mungkin Pakatan Harapan nak diharamkan, yang patut diharamkan UMNO kita tak bersalah tapi dia (RoS) tak nak beritahu, “ katanya dalam sidang akhbar Ahad lepas selepas Program Bual Bicara Anak Muda di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau berkata demikian ketika ditanya logo yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan semasa PRU-14.


Semalam Dr. Mahathir juga mengesahkan cawangan PPBM belum dapat didaftarkan dan tidak boleh  mengadakan mesyuarat agung untuk memilih perwakilan ke bahagian dan Mesyuarat Agung Tahunan AGM peringkat kebangsaan.

Dalam masa yang sama ahli PPBM di peringkat cawangan juga mempertikaikan 'kesahihan butiran mesyuarat cawangan' yang dihantar kepada RoS selepas diarahkan oleh jabatan itu. 

RoS telah menjalankan siasatan ke atas PPBM yang ditubuhkan tidak sampai dua tahun selepas menerima lebih 400 aduan daripada ahlinya yang mempertikaikan kesahihan AGM pertama yang diadakan pada Disember tahun lalu.

Masalah dalaman dan pengurusan yang dihadapi oleh parti yang diasaskan oleh Dr. Mahathir itu menyebabkan pendaftaran Pakatan Harapan tidak dapat laksanakan untuk menghadapi PRU14 yang akan berlansung tidak lama lagi selepas Dewan Rakyat dibubarkan Sabtu, 7 April. - Kedahnews.com