#PRU14 Shahanim Mahu Beri Khidmat Terbaik Kepada Penduduk Sungai Petani

 

Bekas Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Shahanim Mohammad Yusoff antara muka baharu yang dipilih oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRU14 di kerusi Parlimen Sungai Petani, 9 Mei depan.

Beliau diberi tanggungjawab cukup besar, iaitu 'merampas' semula Parlimen itu yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak dua penggal lalu.

Shahanim yang juga bekas Ahli Dewan Negara sedia menerima amanah itu dan menjanjikan untuk 'lawan sampai menang.' 

Beliau amat berharap para pengundi dapat memberi kepercayaan kepadanya dan kepada Barisan Nasional (BN) untuk 'satu penggal' bagi membuktikan kemampuannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Sungai Petani.

"Penduduk Sungai Petani boleh lihat apa yang dilakukan oleh wakil pembangkang selama dua penggal selepas menang kawasan itu, yang membantu penduduk adalah pemimpin UMNO dan BN, " kata Shahanim.

Shahanim berkata demikian selepas majlis pengumuman nama calon BN Kedah bagi PRU14 di Seri Mentalon dekat Alor Setar hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Puteri UMNO Kedah dan kini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani merupakan calon wanita yang kedua bertanding di kawasan itu selepas Wan Zainab MA Bakar menang kerusi itu pada PRU 1978. 

Shahanim, 45, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan daripada Uninversiti Utara Malaysia (UUM) pernah berkhidmat dengan Maybank selama 14 tahun.

Kata Shahanim lagi, penduduk Sungai Petani tidak boleh lagi mengharapkan pembangkang untuk membantu rakyat kerana mereka hanya datang berkempen lima tahun sekali.

" Saya merayu penduduk dan pengundi berikan kepercayaan kepada`saya, kami dari BN akan melakukan perubahan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik di kawasan Sungai Petani, " kata Shahanim.

Bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sungai Petani, BN mengekalkan  Datuk Ali Yahaya untuk mempetahankan Pantai Merdeka,  Ko Hung Weng (Bakar Arang) dan Tan Kok Seong (Sidam). -Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #TolakDAP #PakatanDAP