Roket Tidak Lagi Kelihatan, Pengundi Cina Alor Setar Beralih Kepada BN?


Sudah dua penggal Barisan Nasional (BN) kalah dalam mempertahankan Parlimen Alor Setar.
Namun kekalahan itu tidak bermakna BN sudah mengalah kepada pihak pembangkang.

Masih ramai penduduk Alor Setar yang setia dengan BN dan kerajaan yang memerintah.

Kekalahan BN dalam dua pilihan raya umum (2008 dan 2013) dengan perbezaaan undi yang tipis berbanding jumlah pengundi yang ramai tidak boleh dijadikan ukuran bahawa pengundi Cina dan Melayu menolak BN.

Pada PRU13 penyokong PAS memberi undi kepada PKR selepas 'diperdayakan' oleh Pakatan Rakyat yang diketuai DAP. Undi BN juga 'lari' kerana kepada calon Melayu daripada Berjasa dalam persaingan empat penjuru.

Parlimen Alor Setar mempunyai 74,954 pengundi berdaftar, dengan lebih 62% pengundi Melayu, 33% Cina dan India 5%.
.
Daripada jumlah itu, kerusi Dewan Undangan (DUN) Suka Menanti memiliki 31,624  pemilih,  Alor Mengkudu 28,283 sementara Kota Darulaman 15,047 pemilih.

Pada PRU13, BN hanya menang kerusi DUN Bakar Bata (kini Suka Menanti) yang diwakili oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, iaitu kemenangan keempat kali berturut-turut..

PRU 14 ini merupakan kali kelima bagi Ahmad Bashah dan merupakan yang pertama beliau bertanding atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

Namun suasana politik pada PRU14 ini amat berbeza kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang dan akan bertanding di semua 36 kawasan DUN dan 15 kerusi Parlimen termasuk di Alor Setar. 

Penyokong PAS pula telah berpecah dua kepada PAN dan parti serpihan 'bulan penuh' itu bakal bergabung dengan DAP dan PKR serta PPBM..

Walaupun PKR berharap kerjasama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menarik sokongan pengundi Melayu, namum PAS dijangka menjadi 'pemecah undi'  pembangkang. 

 “Tsunami Melayu” dan“tsunami Cina” yang dimainkan oleh pembangkang akan lagi berlaku seperti pada PRU 2013 dan 2008..

Penutupan pusat daerah mengundi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi  DUN Alor Mengkudu kerana membantah kehadiran calon PAN, seakan memberi isyarat awal bahawa PKR sukar untuk mempertahankan Alor Setar kali ini.

Sementara itu pengundi Cina pula dikatakan mula beralih kepada BN setelah 'kehilangan simbol roket' di dalam bandar ini buat kali pertama.

Sambutan ribuan masyarakat Cina dalam perjumpaan dengan calon BN daripada MCA di Stadium Suka Menanti Alor Setar malam tadi memberi petanda baik. Malah sambutan masyarakat Cina  pada majlis dihadiri oleh Ahmad Bashah juga amat memberangsangkan.


BN kali ini mempertaruhkan Datuk Yoo Wei How untuk merampas Parlimen Alor Setar, Tan Eng Hwa untuk kerusi DUN Kota Darulaman dan Abdul Malik Saad bagi kerusi Alor Mengkudu.

Yoo akan dicabar oleh Chan Ming Kai, calon 'payung terjun' PKR dari Perlis dan Muhammad Aminur Shafiq Muhamad Abduh daripada PAS. 
Ahmad Bashah pula akan berdepan calon PKR serta PAS. Ramai yang menjangka PPBM akan meletakkan calon bagi mencabar Ahmad Bashah namun ianya ternyata meleset,.  

Namun tiada satu kerusi pun di dalam parlimen ini ditanding calon daripada PPBM walaupun Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini 'mengacah' akan menentang Pengerusi BN Kedah itu.

PKR bagaimanapun tidak membenarkan parti sekutunya termasuk PPBM dan PAN untuk 'merampas' kerusi yang disadang parti itu dan kerusi PKR yang mengalami kekalahan dengan jumlah undi kecil.  -Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #TolakDAP #PakatanDAP.