Shafie Apdal Lawan Sepupu Di DUN Senallang


SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menentang sepupunya, Datuk Seri Nasir Sakaran dari Barisan Nasional (BN) dalam saingan satu lawan satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.

Calon Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT), Mohd Zakaria @ Md Jakaria Jakarullah yang turut mengemukakan pencalonan bagi kerusi ini ditolak selepas pencadangnya bukan pengundi di DUN berkenaan.

Sementara itu, bagi Parlimen Semporna ia menyaksikan saingan empat penjuru.

Penyandang kerusi sejak 1995, Mohd Shafie dicabar oleh calon BN, Datuk Ramlee Marahaban, selain Asmara Asmad (HARAPAN RAKYAT) dan Abdul Nasir Ab Rauf (PAS)

Bagi kawasan DUN Sulabayan, menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Dr Jaujan Sambakong (WARISAN) yang dicabar calon BN, Datuk Harman Mohamad selain Utung Tanjung Baru (HARAPAN RAKYAT) dan calon PAS, Abdul Nasir Ab Rauf.

DUN Bugaya pula menyaksikan saingan enam penjuru antara calon BN, Datuk Razak Sakaran; calon WARISAN, Manis Muka Mohd Dara, disamping calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Kulli Malaram; wakil Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohammad Said Tiblan, Mahamod Sarahil (PAS) dan calon Bebas, Abd Muksin Mohamad Hasan.

Sumber: BH