ALOR SETAR - Segala tawaran yang dipertaruhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah sekadar janji kosong dan ayat-ayat manis yang diperjudikan.
Pelaksanaan perancangan bagi tempoh jangka masa panjang adalah realiti dan kenyataan rakyat, tetapi apa yang perlu dilakukan rakyat hanyalah terus memberi mandat kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti agar parti itu dapat terus 'memakbulkan' segala yang dihasratkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tawaran BN bukan janji kosong seperti yang dicanang pembangkang kerana parti dipimpinnya sentiasa mempunyai rekod yang cemerlang dalam mentadbir negara.
“BN memiliki perancangan cukup jauh dengan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) sentiasa mengingatkan kita bahawa tanggungjawab dipikul sebagai sebuah kerajaan, bukanlah hanya untuk tempoh satu atau dua tahun akan datang.
“Kalau setakat jadi Perdana Menteri dua tahun saja, ke mana dia nak bawa kita? Perlu diingat, Kota Rom tidak dibina hanya dalam satu hari.
“Untuk menjulang negara menjadi antara yang terhebat di dunia, petandanya sudah ada, perancangan dan pelaksanaannya pun sudah dibuat. Garis penamatnya pula insya Allah kesampaian dengan syarat, kita pilih BN bagi membolehkan seluruh negara membiru dengan BN,” katanya memetik Utusan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Program Perumahan Rakyat (PPR) Suka Menanti, dekat Alor Setar, semalam.
Turut Sama hadir Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.
Dalam majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM20 juta akan diberikan secara berperingkat-peringkat untuk tempoh lima tahun mendatang bagi menaiktaraf serta menyelesaikan masalah dihadapi para peniaga serta penjaja kecil di bandar raya ini.
Sementara itu Perdana Menteri berkata, sebanyak 85,198 unit rumah (PPR) melibatkan 125 projek di seluruh negara disiapkan dengan nilai RM6.18 bilion ringgit.
“Bila sebut PPR, tiada siapa boleh lawan kerana di di Suka Menanti ini pun, kos keseluruhannya mencecah RM108 juta dengan seunit rumah bernilai RM217,000. Namun harga jualannya cuma RM35,000.
“Itu bermakna, setiap pembeli memperolehi subsidi berjumlah RM182,000. Ketika ini terdapat 46 lagi projek PPR dalam pembinaan melibatkan nilai kos RM3.26 billion dan lebih banyak lagi sedang dalam perancangan,” katanya. - Kedahnews.com
#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14
#GE14
#UndiBN
#BR1M
#ManifestoBN
#HarapanPalsu
#HarapanBohong
#TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir
#DosaDosaMahathir