Tajudin Ramli Dakwa Mahathir Mahu UMNO ‘Mati’ Sebelum Dirinya?


KUALA LUMPUR – Video dan audio yang dipercayai Tan Sri Tajudin Ramli tersebar di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman rahsia tidak bertarikh itu, taikun berkenaan menceritakan pandangan peribadinya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Antara pandangannya ialah apa perlunya slogan pembangkang yang diketuai bekas perdana menteri itu mahu selamatkan Malaysia.

“Mereka kata kena selamatkan Malaysia, kita kena selamatkan Malaysia dari Mahathir, baru boleh Malaysia selamat,” katanya dalam rakaman berkenaan yang dipetik dari FB Lim Sian See.

Tajudin juga mendakwa Mahathir tidak pernah memaafkan UMNO kerana dan mahu UMNO mati sebelum dirinya.

Tajuddin antara individu yang rapat dengan Mahathir semasa Pengerusi Pakatan Harapan itu menjadi Perdana Menteri.

Sumber – MalaysiaGazette