Vivian Hoo-Mei Kuan Menang Emas Ke-7 Negara


GOLD COAST - Gandingan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan memenangi emas acara beregu wanita badminton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 selepas menewaskan wakil England, Lauren Smith-Sarah Walker, 21-12, 21-12 pada aksi final sebentar tadi.

Ini adalah emas ketujuh buat kontinjen negara pada temasya ini.

Sebentar tadi, Datuk Lee Chong Wei turut memenangi emas buat negara selepas menewaskan pemain India, Srikanth Kidambi, 19-21, 21-14, 21-14 pada aksi final perseorangan lelaki.

Sumber: BH Online