Wakil Calon PAS DUN Lanchang Meninggal Dunia


TEMERLOH – Wakil calon PAS bagi penamaan calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang meninggal dunia ketika mesyuarat penyelarasan pilihan raya di sini, semalam.

Nor Azizi Che Soh, 58, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) selepas tiba-tiba jatuh ketika mesyuarat di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) kira-kira jam 2 petang.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Temerloh Datuk Azlan Md Yaman mengesahkan perkara itu.

Malah, Nor Azizi hadir pada proses penamaan calon bagi kawasan Parlimen dan tiga DUN dalam Parlimen berkenaan iaitu Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab di Dewan Tun Razak pada sebelah pagi.

Dalam pada itu, proses tersebut selesai kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas semua senarai calon diumumkan Azlan, lapor BH

Nor Azizi adalah wakil calon PAS bagi DUN Lanchang iaitu Hasan Omar.

DUN Lanchang menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu penyandangnya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mewakili Barisan Nasional (BN), Hasan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abas Awang.

Sumber: Suara TV